Konco-konco ku

Monday, October 15, 2012

PAS SOKONG RAPID PENGERANG, PKR TOLAK PEMBANGUNAN

Isu (Projek Petrokimia Bersepadu) RAPID Pengerang mendapat tentangan yang hebat dari PKR Johor yang diketuai oleh Datuk Chua Jui Meng kerana dikatakan mencemarkan alam sekitar dan mengganggugat sumber pendapatan para nelayan akibat kekhuatiran melampau kononnya ikan akan mati.

Namun berbeza pula pendapat Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang tidak menolak pembangunan RAPID oleh kerajaan negeri Johor yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Salahuddin Ayub akan terus menyokong pembangunan yang dibuat walau mendapat bantahan dari PKR dan parti komponen yang lain dalam pakatan. Isu yang dimainkan oleh PKR Johor terlalu nampak bodoh sehingga mengatakan ikan sudah mati walaupun pembinaan projek itu belum selesai.

Ternyata Salahuddin mengecam permainan politik PKR yang terlalu busuk sehingga melibatkan nelayan yang tidak tahu apa-apa. Beliau menasihati Chua Jui Meng supaya jangan bermain dengan politik kotor kerana ini akan merugikan penduduk Johor sendiri.

No comments:

Post a Comment

comment please.....