Konco-konco ku

Wednesday, October 17, 2012

CELENG SEKINCHAN, NG SUEE LIM DIPINGGIR RAKAN DAP SENDIRI

Maklum telah mengetahui siapakah gerangan yang kerap aku panggil Celeng ni. Memang layak sebab Adun ini lah orang pertama yang membenarkan penjualan daging babi secara terbuka dipasar Sekinchan dan juga berhampiran dengan penjualan daging ayam dan lembu.

Tapi bukan itu cerita sebenar yang aku nak sampaikan. Cerita kali ini berkenaan dengan kekecewaan YB Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan 2 penggal. 

Walaupun telah memenangi kerusi DUN Sekinchan selama 2 penggal berturut-turut, namun Celeng ini tak diberi peluang untuk menduduki kerusi Exco Selangor. Kenapa? Ada rahsianya... Biar aku simpan dulu, tapi aku akan keluarkan bila hampir pilihan raya.

Bekas Ketua Cawangan DAP Kapar ini adalah anak didik Tian Chua. Ala yang ketua gangster G17 dengan agenda mengkristiankan Malaysia tu. Kenal kan?

Ng Suee Lim sebenarnya kecewa dengan tindakan Tian Chua yang tidak memilihnya menjadi Exco Selangor. Bukan kerana tak cukup sifat atau apa, cuma Celeng ini tidak disukai oleh pemimpin DAP yang lain kerana kepetahannya bercakap dan berjaya memujuk orang Melayu mengundi dia.

Akibat risau akan kedudukan masing-masing, maka mereka semua yang terdiri dari kepimpinan tertinggi DAP Malaysia sepakat untuk tidak menaikkan nama Celeng ini kerana dikhuatiri lebih sudu dari kuah. Dan antara sebab itu juga lah Celeng hanya menduduki kerusi DUN tanpa ada apa-apa kuasa dalam kerajaan negeri.

Aku pun pelik sebenarnya, sebab ahli DAP sendiri tak suka dengan Celeng ni macam mana lah orang PAS Sekinchan boleh suka dan tertipu dengan perwatakan Celeng ni? 

Dan satu lagi aku nak bagitahu kat Adun Sekinchan sorang ni, pendedahan salah guna kuasa di Majlis Daerah Sabak Bernam akan terdedah tak lama lagi. Aku sedang menunggu green light dari orang dalam pakatan sendiri kerana bukti semua telah ada dalam simpanan. Jadi berjaga-jaga......

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...