Konco-konco ku

Tuesday, October 23, 2012

ISU SELANGOR: PELAJAR SEKOLAH SAINS KUALA SELANGOR DIANIAYA OLEH KHALID IBRAHIM.

Minggu lepas kalau tak silap aku adik sepupu aku yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor diarahkan balik ke rumah masing-masing selama 3 hari kerana ketiadaan air di asrama tempat mereka menginap.

Aku pun kurang pasti apa yang menyebabkan ketiadaan air kat Kuala Selangor sebab setahu aku kawasan perumahan di Kuala Selangor semua ok je air keluar dari pili paip.

Siapa yang patut dipersalahkan ni? Kenapa hanya SMS Kuala Selangor sahaja yang ketiadaan air sedangkan ribuan rumah di kawasan yang sama tidak terjejas langsung?

Sehinggalah ada seorang penjaga kepada salah seorang pelajar sekolah tersebut menghantar email kepada rakan blogger.

Meh kita baca luahan hati kecewa si bapa... dan korang nilaikan sendiri...

(klik pada gambar)

Salam tuan, 
Semoga tuan dirahmati dan berada dalam keadaan baik. 
Terlebih dahulu maafkan saya jika email saya ini mengganggu pihak tuan tetapi saya amat berharap agar email ini dapat disiarkan dilaman web tuan.Saya tidak berhasrat untuk mengambil masa tuan terlalu lama dan saya akan menulis seringkas mungkin.Saya benar-benar inginkan bantuan sampai kepada anak-anak saya dan juga pelajar lain yang belajar di Sekolah Sains Kuala Selangor.Selain itu,penting untuk seluruh rakyat Malaysia tahu apa yang telah menimpa anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.Saya amat-amat berharap dengan pendedahan ini yang tuan siarkan, masalah ketiadaan air di Kuala Selangor dapat diatasi. 
Untuk makluman pihak tuan,perkara ini telah saya maklumkan kepada Dato Seri Noh Omar melalui teks pesanan ringkas dan saya terpaksa memohon pertolongan daripada beliau memandangkan Kerajaan Negeri tidak mengendahkan kami.Aduan kami dipandang sepi oleh pihak Kerajaan Negeri.Saya mempunyai 2 anak yang masih bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor. Masuk hari ini,sudah 3 hari pelajar-pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor mengalami masalah ketiadaan air.Semua pelajar tidak dapat mengambil wuduk untuk solat, mandi dan membasuh pakaian. Hari ini pula, mereka terpaksa mandi di Masjid Kuala Selangor.Walaupun saya tahu hal ini bukan tanggungjawab Dato Seri Noh Omar sebaliknya Kerajaan Negeri yang patut dipertanggungjawabkan,saya terpaksa juga memohon dari Dato Seri Noh Omar untuk usahakan agar tangki air dari pihak SYABAS bagi membekalkan air kepada anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor. 
Apa lagi yang boleh saya lakukan.Kerajaan Negeri tidak menghiraukan langsung nasib anak-anak di sekolah. Hal ini sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengganggu pembelajaran anak-anak di sekolah.Sampai bila saya harus bersabar menanti tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah anak-anak di sekolah ini ? Terus terang saya katakan, kami sekeluarga sudah tidak sanggup lagi bertuankan Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Negeri di Selangor ini.Saya harap rakyat Selangor yang membaca email saya kepada tuan ini, tidak akan mengulangi kesilapan ini pada pru akan datang dan tidak sanggup lagi saya hendak berhadapan masalah sebegini lagi. Kasihan anak-anak. 
Dari Cikgu ***** (sori la,aku terpaksa sorok nama ni atas faktor keselamatan) RTB2 Sungai Panjang - Selangor Daily  

2 comments:

  1. Kalau didedahkan namanya nanti rumah dan kereta kena simbah cat lak.

    ReplyDelete
  2. tertarik dengan ungkapa..' tak sanggup lagi bertuankan Pakatan Rakyat...'
    Nak buat macam mana, korang juga yang dulu pilih mereka, maka sewajib nya kamu sanggup mengharungi keperitan hidup selama 5 tahun ni. jangan mengeluh. asalkan pakatan rakyat, anak menderita pun tak apa. Tu la, dulu bukan lagi senggeh slepas mengundi, senggeh sebab nak bagi tau orang yang korang semua pilih PR atau PKR masa tu. Korang patut minta tolong kat pak lah bukan nya pada noh omar.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...