Konco-konco ku

Saturday, October 20, 2012

EKSKLUSIF: DALANG DISEBALIK PENYELEWENGAN TAWAS TERBONGKAR


TAWAS adalah singkatan bagi Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan janji keling kerajaan pakatan Selangor sebelum pilihanraya ke-12 dengan memberi setiap anak yang lahir di Selangor diberi RM100. 

Tapi betul ke semua anak Selangor yang lahir di Selangor menerima bantuan 'merakyatkan ekonomi selangor' ini? Ade ke statistik yang membuktikan kerajaan selangor telah memberi bantuan yang dijanjikan? Sebab yang berdaftar dengan TAWAS sekarang ini cuma sekitar 50 ribu bayi jika hendak dibandingkan dengan jumlah kelahiran yang direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Lihat SINI untuk jumlah kelahiran yang dikarang oleh PAS. Sebab apa JawaBernam ikut statistik yang ada pada PAS? Sebab kan pembangkang tak percaya dengan semua sumber dari kerajaan BN.

516,645 kelahiran dicatatkan pada tahun 2010 itu termasuk kelahiran luar nikah. Dan Selangor menduduki tangga teratas diikuti oleh Sabah dan Johor. Statistik juga menunjukkan yang Selangor juga menjadi juara liga kelahiran anak luar nikah paling tinggi pada 2009 hingga kini. 

Teruskan untuk mengetahui pendedahan yang akan JawaBernam singkapkan. Semua rakyat Selangor wajib tahu...

Pendaftaran baru TAWAS baru 50 atau 60 ribu orang yang belum tentu lulus. Dahulu sebelum hampir bahang pilihanraya, kerajaan Selangor menyekat pendaftaran kepada anak-anak sebelum setahun saja boleh didaftarkan. Nak pilihanraya ni TAWAS telah membuka pendaftaran kepada semua anak-anak Selangor yang lahir sejak 2008 yakni sejak pakatan memerintah. Ini baru gula-gula. Masalah yang timbul kat sini adalah, untuk pendaftaran yang telah dibuat pada 2008 pun masih belum menerima sijil atau kad apatah lagi statement simpanan yang dijanjikan oleh TAWAS. Bila berlaku kes-kes mak bapak datang serang mereka salahkan bank sebab tak siapkan akaun bayi-bayi Selangor ni. Bila ada pula yang call pejabat TAWAS mereka kata sudah hantar kepada pihak bank tapi sebenarnya tak jalan apa pun. Makan gaji buta.

Kerajaan Selangor janji bagi RM1,500 kepada anak kelahiran Selangor tapi yang sebenarnya hanya bagi RM100 yang disimpan didalam akaun selama 18tahun. Pakatan PENIPU! Tak kan dah perintah 4 tahun baru dapat kumpul bayi 50,000?? Anak luar nikah tak dapat ke??

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...