Konco-konco ku

Thursday, March 30, 2017

KERAJAAN SELANGOR ROBOH LAGI GERAI MILIK ORANG MELAYU DI SUBANG!

SEMALAM bertempat di jalan utama Kampung Melayu Subang Tambahan dalam Parlimen Subang, segerombolan penguatkuasa MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) telah merobohkan kira-kira 30 gerai milik penduduk tempatan yang dibina sejak 2006.

Pada 2006, Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo telah memberikan kelulusan kepada peniaga-peniaga ini untuk menjalankan aktiviti perniagaan dengan mendirikan premis kerana tanah ini adalah tanah rizab kerajaan negeri Selangor.

Namun atas nama pembangunan, 2017 adalah tahun yang paling malang kepada peniaga kecil-kecilan orang Melayu apabila gerai yang dibina telah dirobohkan. Azmin Ali terus menekan orang Melayu Selangor dengan melumpuhkan terus ekonomi mereka.

Makluman Secara Kronologi OPERASI ROBOH DAN RUNTUH PREMIS PERNIAGAAN DI JALAN UTAMA KG MELAYU SUBANG TAMBAHAN:

19 JAN 2017 :
Notis peringatan terakhir pengosongan dan tindakan perobohan telah ditampal atau diserahkan oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Tanah & Daerah Petaling yang datang bersama pegawai syarikat pemaju.

3 FEB 2017 : 
JawatanKuasa Bertindak Pemilik, Peniaga dan Penyewa ditubuhkan. Objektif adalah untuk menjalankan gerak kerja berkumpulan bagi menuntut imbuhan perpindahan yang setimpal dan munasabah kepada pihak pemaju Prolintas. En.Nasarudin Bin Sulong telah dilantik sebagai pengerusi.

13 FEB 2017 : 
Surat memohon penangguhan selama 14 hari bertarikh 12 Feb 2017 dihantar oleh JK Bertindak kepada Tn Pen Pegawai Daerah (penguatkuasa), pejabat daerah/tanah petaling selepas notis peringatan bertarikh 19 Jan 2017 tamat. Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

20 Feb 2017 : 
Surat permohonan penangguhan bertarikh 13 Feb 2017 dan dokumen-dokumen tuntutan untuk mendapatkan imbuhan perpindahan telah dihantar oleh JK Bertindak kepada tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas. (s.k. YBhg Dato' Hj Misri, Tn Pegawai Daerah Petaling). Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

27 Feb 2017 : 
Surat memohon penangguhan selama 14 hari lagi bertarikh 26 Feb 2017 dihantar oleh JK Bertindak kepada Tn Pen Pegawai Daerah (penguatkuasa), pejabat daerah/tanah Petaling selasa tempoh selama 14 hari daripada surat penangguhan bertarikh 12 Feb 2017 berakhir. Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

1 Mac 2017 :
Surat makluman permohonan mendapatkan imbuhan perpindahan daripada syarikat Prolintas bertarikh 28 Feb 2017 telah dihantar kepada YBhg Datuk Ir Hj Ismail Bin Mat Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (s.k. Tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas). Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

13 Mac 2017 : 
Surat memohon penangguhan selama 14 hari lagi bertarikh 13 Mac 2017 telah dihantar oleh JK Bertindak kepada Tn Pen Pegawai Daerah (penguatkuasa), pejabat daerah/tanah Petaling selepas tempoh selama 14 hari daripada surat penangguhan bertarikh 26 Feb 2017 berakhir. (s.k. Tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas). Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

16 Mac 2017 : 
Surat mohon bantuan Tuan KP LLM bertarikh 16 Mac 2017 mendesak syarikat Prolintas segera menjawab permohonan tuntutan pihak JK Bertindak. Disebabkan pihak Prolintas tidak memberi sebarang maklumbalas hampir sebulan dari tempoh surat permohonan dihantar. (s.k. Tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas). Kami diberi kebenaran berjumpa dengan Pen Pengarah Bahagian Tanah LLM untuk membuat pertanyaan.

20 Mac 2017 :
Surat kepada Tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas bertarikh 20 Mac 2017 memaklumkan rasa kecewa daripada pengurusan JK Bertindak terhadap syarikat Prolintas kerana tidak memberi sebarang maklumbalas menghampiri masa sebulan, seterusnya tidak berani berbincang dengan pihak JK Bertindak secara berdepan. Sebaliknya menghantar 2 orang konsultan secara mengejut tanpa sebarang temujanji pada petang 16 Mac 2017. Mereka mengajak pihak pengurusan JK Bertindak berbincang di gerai makan dan memberi tawaran bayaran saguhati daripada pihak Prolintas dengan nilai yang terlalu kecil dan tidak munasabah tanpa menunjukkan sebarang dokumen tawaran secara rasmi daripada pihak Prolintas.
(s.k. Tuan KP LLM YBhg Datuk Ir Hj Ismail Bin MD Salleh). Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

20 Mac 2017 :
Surat mohon sokongan daripada YB Tan Sri Noh Bin Omar selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor bertarikh 20 Mac 2017 melalui ketua UMNO Bahagian Subang, Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail bertujuan untuk mendapatkan imbuhan perpindahan daripada syarikat Prolintas.

27 Mac 2017 :
Surat bertarikh 27 Mac 2017, memohon tambahan masa penangguhan selama 3 bulan lagi dari tarikh 27 Mac 2017 telah dihantar oleh JK Bertindak kepada Tn Pen Pegawai Daerah (penguatkuasa), pejabat daerah/tanah Petaling selepas tempoh selama 14 hari dari tarikh surat penangguhan 13 Mac 2017 ini berakhir. Ini disebabkan pihak JK Bertindak memerlukan lebih masa untuk berbincang dan mendapat khidmat nasihat daripada peguam kami. (s.k. Pengarah Prolintas, Ketua Pengarah LLM, Tetuan Adzly & Co).

29 Mac 2017 : 
Pada lebih kurang jam 8.00 pagi sekumpulan pegawai penguatkuasa pejabat daerah/tanah Petaling serta penguatkuasaan MBSA dan juga beberapa orang anggota polis dibantu oleh kakitangan pemaju Prolintas DASH dan Panzana telah menjalankan operasi roboh dan runtuh terhadap semua premis perniagaan di tepi jalan utama Kg Melayu Subang Tambahan secara serang hendap tanpa sebarang notis amaran. Operasi ini berakhir lebih kurang jam 12 tengahari. Sebahagian daripada ahli ahli peniaga dalam kumpulan JK Bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Subang bermula jam 1750.


No comments:

Post a Comment

comment please.....