Konco-konco ku

Tuesday, March 17, 2015

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA KAWASAN BATU BUBAR!!

DOA KO Umno nampaknya telah berbalik kepada parti PAS sekarang ini apabila satu demi satu kerosakan dalam Pas telah berlaku dengan teruk.

Jika sebelum ini dengan kemunculan PasMa yang dikatakan bakal menggantikan Pas jika Hadi Awang keluar daripada PR, kini permulaan kehancuran Pas di Malaysia bakal menjadi semakin parah dan melarat.

Semalam, 17 AJK Pas kawasan Batu, KL telah meletak jawatan serta merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada Presiden, Hadi Awang akibat gagal menangani krisis dalam PR.

Hadi Awang dan team MSU tidak patuh dengan arahan DAP supaya membatalkan niat untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Oleh kerana itu, atas Tahaluf Siyasi Pas Batu dengan DAP, PKR kawasan Batu maka semua ahli jawatankuasa Pas Batu meletak jawatan dengan sukarela dan secara automatiknya Pas Batu terbubar dengan sendirinya.

Tahniah DAP kerana berjaya memecahbelahkan Pas.

Tidak perlu Umno buat kerja lebih sangat.....

1 comment:

  1. nak urus, selesaikan masaalah dalam ahli pon gagal. inikan pula PAS nak jadi dominen dalam kerajaan pembangkang. harap cakap dan muktamar atas kertas bolehlah.....dan merapu siang malam seantero negara.....cakap tak serupa kerja dan tindakan.....buat malu melayu dan islam, perangai PAS parti angguk saja.

    ReplyDelete

comment please.....