Konco-konco ku

Monday, March 2, 2015

KERAJAAN NEGERI SITA PROJEK JKR DALAM SEKOLAH

DALAM sejarah apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Sabak Bernam yang mendapat arahan daripada Kerajaan Negeri Selangor telah menyita projek pembinaan gelanggang futsal di salah sebuah sekolah di Sungai Besar.

Tidak pernah dalam sejarah pentadbiran PBT sebelum ini projek yang ingin dibina untuk kebaikan murid sekolah dinafikan haknya sekaligus membatalkan projek yang baru 10% dalam pembinaan.

Mengikut daripada satu sumber yang dipercayai, kemungkinan pihak MDSB tidak dimaklumkan tentang projek berkenaan.

Pihak sekolah dan PPD juga telah menghantar surat bagi meminta kelulusan namun setelah hampir sebulan MDSB tiada memberi sebarang surat balas kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Akibatnya, kawasan yang ingin dibangunkan dengan kemudahan sukan terpaksa dihentikan perlaksanaannya serta merta dan kawasan terbabit dihalang dengan tali kuning sebagai tanda disita.

Inilah namanya NEGERI BERKEBAJIKAN untuk rakyat.

Apabila ada pembangunan untuk rakyat terus dinafikan.....

7 comments:

  1. Tahniah la orang Selangor..Sebab anda semua ada otak...padan dah muka kau orang

    ReplyDelete
  2. mungkin puak mereka tak dapat projek tu!!! tu la pasl.....

    ReplyDelete
  3. negeri berkebajingan. banyak bajingan bertepek merata2. dalam sekolahpun ada jugak bajingan rupanya.

    ReplyDelete
  4. Kes sebenarnya begini.
    Ini bermula dari kesilapan pihak kementerian.
    pihak MOE tidak meletakkan bendera DAP atau PKR pada kren tersebut..
    Itu sebab kena sita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling penting kain rentang berukuran 20m x 5m yang memaparkan muka MB Selangor iaitu Encik Azmin Ali dgn slogan, "MB Prihatin, Sekolah Terjamin". Sekian.

      Delete
  5. BEGINI LAH JADINYA BILA GOLONGAN YG DI MURKAI OLEH ALLAH SWT DAN GOLONGAN YG NABI TIDAK MENGAKU UMAT DIJADIKAN PENTADBIR NEGERI.

    Mat Topek.

    ReplyDelete

comment please.....