Konco-konco ku

Friday, November 25, 2016

BUDIMAN PERSOAL PENGANJURAN SEMINAR PEMIKIRAN BANDUAN OLEH JAIS!

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyambut baik penegasan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penglibatan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, penegasan MAIS itu menjelaskan kepentingan institusi umat Islam di Selangor supaya tidak diperalatkan untuk kepentingan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetuai pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini.

“Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi Selangor sepatutnya tidak ‘rabun’ membezakan di antara program kerajaan negeri dengan program politik. Penganjuran Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar itu jelas sekali merupakan program politik dan mungkin menggunakan wang rakyat.

“Malah penganjuran seminar itu seolah-olah menunjukkan pihak penganjur cuba mencabar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini menitahkan supaya institusi-insititusi agama Islam di Selangor tidak terlibat dalam program yang berunsurkan politik.

“Apakah pihak penganjur sanggup mengenepikan titah Sultan Selangor demi kerana mahu menjaga kedudukan serta imej Anwar yang merupakan Penasihat Umum PKR dan sedang menjalani hukuman penjara diatas kesalahan meliwat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan MAIS kesal dengan tindakan JAIS mengeluarkan surat jemputan kepada guru sekolah rendah agama (SRA) untuk menyertai Seminar Pamikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan berpendapat JAIS telah melakukan kesilapan dengan menjemput guru-guru SRA di daerah Petaling dan Klang untuk menghadiri seminar itu.

Menurut Mohamad Adzib, pembabitan pegawai-pegawai JAIS dalam seminar tersebut adalah bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu JAIS terlibat dengan program berunsur politik.

Mynewshub semalam melaporkan Budiman mempertikai tindakan kerajaan kerajaan Selangor seolah-olah memperalatkan JAIS untuk kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepentingan politik PKR. .

JAIS mengarahkan guru Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Budiman menyifatkan seminar itu tidak wajar kerana kelihatan cuba mengangkat darjat Anwar yang dihukum penjara kerana kesalahan meliwat kononnya seorang tokoh pemikir pendidikan Islam.

“Kita menuntut supaya JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan awam kerana menandatangani surat jemputan kepada para guru-guru agama supaya menghadiri seminar tersebut yang difahamkan dibuat tanpa kelulusan pihak pengurusan dan makluman kepada Pengarah JAIS,” katanya hari ini. – MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...