Konco-konco ku

Friday, April 12, 2013

GEMPAR!! PENDUDUK LEMBAH KLANG DAN AMPANG MENDERITA TIADA AIR SEMINGGU!! #IsuAirSgor


BERITA tergempar yang terjadi sejak dua hari lalu betul-betul menjadi mimpi ngeri kepada penduduk sekitar Lembah Klang dan Ampang.  Paip yang menyalurkan air ke lebih setengah juta penduduk telah pecah dan telah mengakibatkan penduduk yang menggunakan perkhidmatan SYABAS terganggu bekalannya selama seminggu.  Perkara ini lah yang kerap kali menghantui penduduk.  

Atas sikap ego dan bongkak Khalid Gagap dalam menangani krisis air yang tak pernah selesai, kini rakyat menjadi mangsanya.  Paip air di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves telah pecah ekoran dari hujan lebat yang melanda kawasan itu selama dua hari berturut-turut.  Hakisan tanah telah berlaku dan bongkah penapis roboh lalu menimpa saluran paip penyebab paip pecah.  

Perkara inilah yang rakyat Selangor dok bising tiap hari.  Apa perancangan jangka panjang yang diikhtiarkan oleh Khalid Gagap selama ini bagi membendung kejadian yang pernah berlaku dulu berulang kembali?  Sudahlah modal Capex untuk menggantikan paip-paip yang telah lama uzur tidak diluluskan, malah jika berlaku masalah seperti ini kerajaan negeri masih tetap menyalahkan SYABAS kerana tidak pandai mengurustadbir bekalan air kepada rakyat.

Kenapa paip boleh pecah? Mungkin ini yang menghantui pemikiran Khalid juga rakyat Selangor semuanya.  Untuk pengetahuan rakyat Selangor khususnya, SYABAS sudah beberapa memohon untuk dana Capex bagi membuat modal penambahbaikan prasarana pengedaran air supaya tidak timbul masalah ini.  Tetapi Khalid tetap berdegil tidak mahu meluluskan kerana sikap dengki dan khianatnya kepada SYABAS yang didakwa syarikat kroni UMNO.

Sudah beberapa kali juga SYABAS menyatakan yang ini adalah untuk kepentingan rakyat dan tidak ada kena mengena dengan parti politik.  Isu air ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh pihak Khalid Gagap.  Kerajaan Selangor sepertinya sudah lali dengan jerit perih rakyat Selangor.  Sombong dan bongkok menjadi moto utama Khalid Gagap.

Apa sebenarnya yang Khalid nak? Jika Khalid mahukan SYABAS menurunkan NRW daripada 32% kepada 15% itu adalah mustahil kerana kerajaan negeri tidak langsung meluluskan modal Capex bagi menggantikan dan menambahbaik sistem paip yang sedia ada.  Khalid ni tahu tak yang sebenarnya urusan penukaran paip dan batang-batang paip ini semua adalah harta kerajaan Selangor?  Tak kanlah SYABAS suka suki je nak tukar paip tanpa kelulusan dari tuan punya barang.  Kalau suruh tukar pun kenapa sampai sekarang dana Capex masih belum diluluskan? Macam mana SYABAS nak buat kerja?

Khalid tak hiraukan langsung tentang penderitaan rakyat.  Mengikut maklumat yang disampaikan paip edaran air di Selangor ini memang sudah lama malah ada juga paip yang tidak pernah ditukar dari zaman British lagi.  Jika Khalid dah bekukan sendiri Capex untuk proses penukaran paip air, kenapa SYABAS yang masih perlu disalahkan? Pelik dengan perangai Khalid ni.  

Dulu SYABAS telah berjaya menurunkan kadar NRW daripada 42.78% pada tahun 2005 kepada 33% pada tahun 2008 semasa SYABAS mula-mula mengambil alih konsesi pengedaran air ini dari kerajaan negeri Selangor.  Tapi bila Capex dah dibekukan, SYABAS masih berjaya mengekalkan kadar NRW pada 33% tanpa ada sebarang masalah.  Apa lagi yang Khalid tak puas hati?  Kalau nak turunkan kadar NRW lagi luluskan jela Capex tu dan biar SYABAS buat kerja untuk kebaikan seluruh rakyat Selangor dan Lembah Klang.  As simple as that.

Akibat dari sikap Khalid ini lah rakyat terpaksa menanggung sengsara yang bakal berpanjangan jika tidak ditangani segera.  Minta bentangkan perancangan jangka panjang berkenaan isu air ni sampai sekarang masih dalam kajian.  Mana pembenihan awan? Mana air bawah tanah?  

Kalau Teresa Kok minta buat pusat janakuasa solar guna tanah Yayasan Selangor yang bernilai berbilion ringgit hanya 8 hari diperlukan untuk Khalid luluskan.  Direct Nego, tender terbuka tak main..  Tapi kenapa bila sampai masa nak luluskan Loji Langat 2 untuk kepentingan rakyat Selangor sampai sekarang lebih 4 tahun tidak pernah diluluskan.  Mana kredibiliti Khalid sebagai bekas Menteri Besar yang kononnya mahu wujudkan kerajaan kebajikan ala pakatan? Hancur.......

Lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Ampang harus mengucapkan terima kasih kepada Khalid atas kajian yang dibuat hingga kini belum menampakkan hasilnya.  Paip yang telah rapuh dan reput tidak dapat ditukar kerana Capex dibekukan.  Minta luluskan pembinaan loji Langat 2, katanya kerajaan persekutuan bagi kat kroni.  Kerajaan persekutuan dah bagi duit untuk bantu rakyat, dirembatnya RM 2juta.  Telus ke kerajaan pakatan pimpinan Khalid Gagap ni?

Aku pernah duduk Ampang satu ketika dulu.  Kepadatan penduduk memang melampau lagi-lagi area Lembah Jaya, dan aku tahu betapa peritnya mengangkut air dari bawah ke tingkat 20 rumah flat Taman Industri Lembah Jaya. Itu tak tengok lagi makcik dan pakcik yang kurang berdaya mengangkut baldi-baldi air menaiki tangga.  Mana sikap prihatin Khalid Gagap ni? Oooo... Dia mana pernah rasa duduk rumah flat yang tinggi-tinggi.

Rakyat Selangor yang terputus bekalan air jangan risau. Lori air SYABAS akan datang bersama Khalid Gagap membantu. Mungkin kali ini badut PKR akan turut dibawa sekali bagi menghiburkan orang ramai seperti banjir di Hulu Langat dulu tu.  Khalid.... Khalid..... Sampai bilalah kau nak menyusahkan rakyat Selangor....

No comments:

Post a Comment

comment please.....