Konco-konco ku

Tuesday, April 30, 2013

ABANG CALON PKR PERMATANG KELUAR PARTI MASUK UMNO BERSAMA 360 AHLI LAIN!!

SAKIT jantung lagi puak pakatan sekarang ni. Bukan sorang, bukan dua orang tapi telah beribu-ribu ahli PKR dan PAS yang meninggalkan parti dan ingin bersama-sama BN dalam menyokong aspirasi Najib Razak. Betul lah orang kata, PRU kali ini adalah PRU paling getir. Paling getir bagi puak pakatan.

Berita yang baru diterima dari Kuala Selangor. Abang kepada calon PKR Permatang, Yahya Sahri iaitu Dr. Ramlan Sahri keluar meninggalkan parti PKR yang sebelum ini menjadi sandaran beliau di Ijok bersama 360 orang ahli PKR yang lain. Mereka semua dikatakan sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh para pemimpin pakatan yang hanya pandai berjanji.

Contoh yang diambil adalah di Ijok sendiri yang mana bekas Menteri Besar, Khalid Gagap yang kini sudah lari ke Pelabuhan Klang tidak pernah menunaikan janji-janji yang telah ditabur kepada rakyat Ijok. Sekolah, rumah ibadat, jalan dan infrastruktur lain tidak pernah mereka rasai melainkan kawasan Ijok menjadi pentas ceramah politik fitnah hampir setiap hujung minggu. Apabila hendak mengadu nasib kepada wakil rakyat, mereka tidak dihiraukan malah amat sukar untuk bertemu Menteri Besar tersebut.

Walaupun adiknya, Yahya Sahri menjadi calon bagi PKR namun Dr. Ramlan tidak ralat untuk meninggalkan parti kerana beliau yakin dengan kepimpinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Najib Razak mampu merubah negara kepada yang lebih baik. Dr. Ramlan turut menubuhkan satu cawangan UMNO baru di Pekan Ijok. Borang keahlian diserahkan kepada Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Selangor, Ishak Baharom semalam.

Kali ini dapat dilihat yang rakyat khususnya di Selangor sudah terbuka mata dan menyesal memberi peluang kepada pakatan untuk memerintah negeri Selangor pada 2008 dahulu. Pada PRU kali ini mereka semua berjanji akan memberikan kembali negeri Selangor kepada Barisan Nasional untuk diperintah.

5 comments:

  1. Innalillah.....talkin utk PKR.Mamapus utkAnwar.Taubatlah Hj Hadi dan Nik Aziz sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  2. Pada PRU12 dulu tak pernah pun terjadi mcm ni ahli2 PKR,PAS dan DAP keluar parti dan menyertai BN.. Ini menandakan yg tsunami politik akan sekali lagi melanda tapi secara terbalik.. akan meranapkan PakatanHaram pulak!
    Selamat Jalan AnuWow.. bawalah mimpi kau nak jadi PM tu ke dlm tidor.. kekekekeke!!

    ReplyDelete
  3. Wak tak heran tentang keluar parti ni.... Tapi jangan heran kalu lebih banyak orang umno yang dah keluar senyap2.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. daii macahaaa..umno tarak keluar parti tahu ker..Yang keluar tu kaki frust sahaja tahu ker..23 tahun perintah kelantan..mana air minuman yang bersih? cakap mcm ostazzzz...porahhhhh...HIDUP BN...HANCUR FUCKATON

      Delete
  4. Tahniah Jawa Bernam,tulisan anda begitu meyakinkan ,semoga dapat mengubah Selangor kepangkuan BN........menjelang pilihanraya ini........target 1mil.seng delok.SELAMATKAN SELANGOR.SAYANGI SELANGOR

    ReplyDelete

comment please.....