Konco-konco ku

Thursday, April 18, 2013

JIKA PR PUNYAI 'MANIFESTO BUKAN JANJI', BN PUNYAI AKUJANJI YANG PASTI DITEPATI!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor, mengandungi tujuh teras dan 56 akujanji yang menumpukan kepada langkah-langkah meringankan beban kewangan warga Selangor sambil meningkatkan kualiti kehidupan mereka.Antara lain BN berjanji mewujudkan koridor baharu “Selangor Global Logistic Hub” di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, bagi menarik pelaburan asing dan antarabangsa dengan penjanaan 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor.
Tujuh teras akujanji BN Selangor itu ialah:

1. Masa Depan Lebih Cerah,
2. Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang,
3. Kualiti Kehidupan Lebih Selamat dan Sejahtera,
4. Perumahan Lebih Mampu Milik,
5. Selangor  Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing,
6. Selangor Lebih Progresif dan
7. Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih

Baca Analisa Akujanji BN Selangor di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...