Konco-konco ku

Friday, April 26, 2013

TERKINI!! 530 AHLI PAS KELUAR PARTI KERANA ANWAR IBRAHIM!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima borang permohonan untuk menyertai Umno daripada 530 bekas anggota PAS di sekitar Selama, Perak.

Mereka terdiri 130 orang di Kampung Tapah, 100 orang di Kampung Parit Dalam dan 300 orang di Kampung Raja Bersiung, menyerahkan borang berkenaan pada majlis "Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri" di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor di sini.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Larut Abdullah Man, 63, berkata beliau amat kecewa dengan perjuangan PAS yang telah lari daripada perjuangan asal termasuk isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

"Kami akan membantu jentera Umno dalam menerangkan kepada rakyat tentang kepincangan yang berlaku di dalam PAS supaya orang lain tidak terpedaya lagi," katanya.

Sementara itu, seramai 150 anggota Persatuan Belia 1Malaysia Selama turut menzahirkan sokongan kepada BN dengan menyerahkan borang untuk menjadi anggota Umno.

Wakil persatuan belia tersebut, Shahul Hamid, 28, berkata hanya BN sahaja yang boleh memimpin negara memandangkan kurangnya persefahaman dikalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang.   

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin. 

Terdahulu, Najib menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aziziah. Ketibaan Perdana Menteri yang berpakaian baju Melayu biru di masjid pada kira-kira 1.20 tengah hari disambut oleh anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

Beliau dilihat menunaikan solat sunat sebelum mendengar khutbah Jumaat dan seterusnya menyertai kira-kira seribu jemaah menunaikan solat Jumaat.

Selepas solat, Perdana Menteri bersalaman dengan jemaah sebelum meneruskan program di majlis Kenduri Rakyat itu.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan surat hak milik tanah peserta Felcra Bhd Sungai Malau kepada 70 penerima.

7 comments:

  1. Syukur...ramai yg dah sedar..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....keluar semua sekali yg mana ada ,undi BN? bagi menang besar biar pakatan O ,lepas tu jangan merungut kalau anda bayar lebih ?by....5th lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya berapa orang PR yang tinggal?
      DAP 1/4 juta
      PAS 1/4 juta
      PKR 1/4 juta
      Oh yang tinggal cuma TIGA SUKU. Itu pun ada hati nak memerintah.

      Delete
  3. syukurr... ramai yg dah sedar

    ReplyDelete
  4. tanggungjawab kita agar dapat sedarkan kawan2 pas kita join umno...itulah jihad kita

    ReplyDelete
  5. org2 bn ni tau ka jihad tu apa? jihad org bn ni nak tambah duit utk makan 7 keturunn anak cucu..org bn sendiri bgtau diorang masuk bn sebab nk timbun duit..kalau tak sebab duit diorang takkan masuk bn...berita org pas masuk bn ni hanya lakonan org bn yg dibayar duit utk melakonkan watak org pas berkopiah putih ps tu ngaku keluar pas..semua sb duit....jawa bernam ni takde ke yg modal len nk msuk blog...sedar laa wahai org2 bn..tak kemananya korang..pemimpn2 korang kaya-raya..korang habuk pun tarak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu.. kalau berita org PR keluar parti masuk BN dikatakan lakonan, dibayar.. tapi kalau org BN keluar parti masuk PR... TAKBIRRRRR... HIDAYAT akhirnyer!!!

      Delete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...