Konco-konco ku

Friday, April 19, 2013

PAPAGOMO TARIK DIRI!! KENYATAAN MEDIA PAPAGOMO!!


SAYA mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia,TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P 044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.

Ketika saya menawarkan diri,tekad saya cuma satu iaitu  mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu  dan menghasut rakyat,untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah bedepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu,pejuang Islam.

Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim,yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim,agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan,gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini.Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.

Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga k e akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini. Baca lagi di SINI.

4 comments:

  1. cerita banyak..takut la tu..

    ReplyDelete
  2. bukan takut,tak mau pecah undi, nanti dah tentu undi BN bertambah banyak, dengan papagomo tolong berkempen, janji kita buang anwar kaki penipu habis habis...

    ReplyDelete
  3. Nampaknya sampai disini sahaja aku boleh bertahan didalam jemaah PAS. Malu aku pada rakyat malaysia. pemimpin pas yang ada pada hari ini sanggup mengadaikan semuanya, sehingga bendera dan lambang pas sangup diberi pada penggunaannya kepada rakan yang telah terang bukan islam. sepatutlah ulamak mengharamkan umat islam mengundi pas dalam PRU 13 ini. haram itu samalah seperti orang melayu islam memakan daging babi. Maafkan aku kerana tidak sanggup berada dibawah pas. aku berharap sahabat ku yang ada maruah diri tinggalkan pas.

    ReplyDelete
  4. ni bukan cakap penyokong PAS.......ha ha.....pencacai amno

    ReplyDelete

comment please.....