Konco-konco ku

Monday, April 15, 2013

PENGUNDI PELABUHAN KLANG MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN CALON DENGAN "BOOOO"!!!


(gambar oleh: Akar Umbi)
PETANG ahad semalam beberapa jam sebelum Anwar mengumumkan calon PKR bagi negeri Selangor, Khalid Gagap sempat bertandang di Pelabuhan Klang bagi menemui pengundi kawasan Pandamaran Jaya. Sejak beberapa minggu lalu lagi Khalid telah berulang alik dari Shah Alam ke Pelabuhan Klang dengan singgah dari kedai ke kedai untuk berkempen bagi menarik hati pengundi supaya mengundi beliau.

Bijak Khalid memilih tempat kerana kawasan Pandamaran Jaya mempunyai pengundi teramai di Pelabuhan Klang iaitu lebih kurang 40,028. Bijak tapi sayang yang hadir dalam program 'Majlis Sepetang Bersama Khalid Gagap' ini hanya berjaya menarik audien seramai 300 orang.

Agak-agak 300 daripada 40,028 orang dalam kawasan Pandamaran Jaya tu berapa peratus ye? Ada sampai 50% tak? 

Nampaknya Anwar memang hendak mematikan karier politik Khalid di sini. Ternyata sokongan rakyat terhadap PKR sudah tak laku kerana janji-janji kerajaan Selangor sebelum ini yang tidak pernah tertunai. Dan yang lebih menarik adalah semasa Khalid tiba dan pulang, penduduk yang hadir mengalu-alukan kedatangan Khaldi dengan 'Booooooo' secara berjemaah.

Dalam 300 orang yang datang tu pun bukan semua penduduk setempat. Ada yang datang dari kawasan lain dan ada yang diimport dari luar daerah. Betapa terdesaknya pakatan untuk meraih undi.

Jangan tertipu buat kali yang kedua.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...