Konco-konco ku

Sunday, April 21, 2013

TIGA PARTI PEMBANGKANG TIDAK PERNAH BERPAKAT UNTUK MEMERINTAH NEGARA!!

DALAM penamaan calon yang telah berlangsung pada Sabtu semalam kita dapat menyaksikan yang sebenarnya tiga parti pembangkang di dalam Pakatan tidak pernah berpakat dalam menentukan calon mana yang akan bertanding dalam satu-satu kawasan. Kita lihat sendiri ada dalam satu kawasan itu, PAS nak bertanding, PKR pun nak bertanding. DAP nak bertanding, PAS juga nak bertanding. Mana kesepakatan yang mereka war-warkan?

Inilah yang membuatkan Anwar semakin pening dengan telatah pemimpin PAS & DAP yang tidak pernah menghormati keputusan yang telah Anwar buat. Hadi Awang dalam satu kenyataannya juga menegaskan yang parti mereka tidak akan sesekali mengundurkan calon PAS yang telah diletakkan dikawasan yang mereka pernah menang dan sekaligus menidakkan pencalonan baru dari calon PKR. Mana tahaluf siyasi pakatan?

Mereka sekarang sedang bercelaru, semakin hampir dengan pilihanraya maka semakin banyak pula masalah yang timbul. Walaupun para pencacai mereka dibawah tidak tahu apa-apa melainkan menyokong sahaja, tapi jangan ingat mereka tidak ada hak untuk ambil tahu. Perbalahan dalaman pakatan sudah tidak dapat dibendung lagi. Masing-masing mahu mengekalkan kuasa yang ada dengan jumlah kerusi yang mereka tandingi.

PAS tetap mahukan negara Islam dan menegakkan hukum hudud. PKR tetap mahukan keadilan bagi Anwar dan seterusnya mengangkat peliwat ini menjadi Perdana Menteri. DAP pula masih utuh dengan prinsip mereka mahu menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara republik sepertimana negara jiran Singapura.

Jadi, apakah kesepakatan yang diambil oleh pakatan untuk menunjukkan mereka tiga parti berlainan ideologi ini berada dalam kuasa Anwar? Pemimpin dalam pakatan bukanlah mahu berkhidmat untuk rakyat melainkan berebut kuasa sesama sendiri. Mereka mahu menunjukkan kepada rakyat parti manakah yang lebih berkuasa dalam pakatan yang boleh rakyat dijadikan ideologi ikutan.

Inilah rupa sebenar pakatan menjelang pilihanraya. Tahaluf siyasi yang dihebohkan tidak pernah ada melainkan hanyalah sebagai wayang opera cina bagi mengaburi mata dan hati rakyat Malaysia. Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

comment please.....