Konco-konco ku

Tuesday, April 30, 2013

[N03 SUNGAI PANJANG] BUDIMAN MOHD ZOHDI, PEMUDA HARAPAN BANGSA!!

CALON N03 DUN Sungai Panjang yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar. Budiman Mohd Zohdi merupakan anak jati Sungai Limau, Sungai Besar. Siapa yang tidak kenal dengan tokoh pemimpin belia ini yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam. 

Pemegang Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini merupakan anak muda tempatan harapan rakyat di DUN Sungai Panjang. Pemuda gagah berani yang lantang bersuara disegenap medium. Seorang pemimpin belia yang akitf memberikan motivasi dan penguat semangat kepada anak muda yang lain demi untuk mengekalkan keharmonian negara yang sedia ada.

Budiman Mohd Zohdi atau lebih selesa dengan panggilan Budi amat disenangi oleh penduduk setempat yang memerlukan semangat orang muda untuk mengubah kerajaan negeri Selangor kembali kepada Barisan Nasional. Antara jawatan dan pencapaian sepanjang terlibat dengan politik adalah, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar. Naib Presiden MAYC Kebangsaan. Aktivis Mahasiswa Pertengahan 90'an. Telah menulis 3 buah buku: Pengucapan Awam, Taman Rohani dan Mesyuarat itu Mudah. Menulis rencana berkaitan isu belia di akhbar-akhbar utama. Penerima anugerah Belia Negara peringkat Negeri Selangor kategori kepimpinan dan mengasaskan Program Komuniti Belia Jom Berubah - program pembangunan diri secara percuma.

Penampilan beliau dalam PRU13 kali ini umpama memberi harapan baru kepada rakyat Selangor khususnya di DUN Sungai Panjang yang memerlukan tenaga segar dari orang muda. Pernah juga menjadi wakil negeri Selangor bagi membawa hasrat rakyat di Perhimpunan Agung UMNO 2012. Calon yang dinanti-nantikan bagi mewakili semangat anak muda diperingkat nasional. Pencabarnya di DUN Sungai Panjang adalah calon dari PAS yang sudah 2 kali berturut-turut kalah kepada calon Barisan Nasional sebelum ini.

Calon yang bakal meremajakan UMNO. Pemuda Harapan Bangsa. Inilah Calon Barisan Nasional.


9 comments:

  1. Bila Pakatan kuasai Selangor....
    1..Ketua2 UMNO baru turun padang cari simpati rakyat yang mereka perhambakan dengan pelbagai "tol" selama ini.....
    2..Ketua2 UMNO mula berdemonstrasi jalanan saban hari walaupun mereka cemuh demonstrasi jalanan sebelum ini... mereka berdemo demi kontrak & projek "santa claus" yg terjejas kerana Pakatan tidak lagi layan amalan kronisme UMNO...
    3..Ketua2 UMNO tak bebas lagi memerintah Masjid2/Surau2 di Selangor secara diktator melalui JAIS atas nama Sultan! Pakatan merdekakan rakyat...Pengerusi/ AJK Masjid2/Surau2 dipilih bebas secara demokrasi & syura oleh semua rakyat ...
    4..Ketua2 UMNO semakin gelisah bila SELCAT membongkar satu persatu "penyelewengan" & "korupsi" mereka .... termasuk JKKK Persekutuan.. ..Ketua2 UMNO semakin merapu & meracau bila rakyat tergelak dengan hipokrasi 1Malaysia Najib jadi 2 JKKK (JKKK UMNO/BN Vs JKKK Negeri) & 2 Ketua disetiap kampong diSelangor .....
    5..Ketua2 UMNO semakin kalut bila program2 kebajikan rakyat Pakatan semakin terserlah...
    6..Ketua2 UMNO semakin gudah bila masyarakat menengah Melayu & bandar pandang sinis terhadap segala kata2 "air liur basi" tuan2 besar mereka..
    7..Ketua2 UMNO terus kuciwa bila Najib menyindir "Program Syok Sendiri" bermuka2 mengampu PM/ TPM saja .....

    PRU13: Bye2 UMNO/BN... ahlan ya marhaban PAS & PR!

    -Anak Melayu Merdeka-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hal pasir, yayasan selangor dll ada siasat tak ? Itu semua aset....

      Delete
  2. PRU13: MENJELANG 5 MEI 2013
    Peratusan Sokong PR semakin MENINGKAT,
    Peratusan Sokong BN semakin MERUDUM?

    Punca peratus itu merudum( Sebarkan)
    1. PKFZ RM12bill

    2. Submarine commission RM500mil.

    3. Sime Darby RM964mil.

    4. Paya Indah Westland RM88mil.

    5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost.

    6. Eurocopter deal RM1bil wasted?

    7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil.

    ... 8. MRR2 repair cost RM70mil.

    9. Maybank Overpaid BII RM4bil.

    10. Tourism -NYY kickback RM10mil.

    11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M.

    12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M.

    13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M.

    14. MATRADE repairs ————————– RM 120M.

    15. Cost of new plane used by PM————– RM 200M.

    16. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M.

    17. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M.

    18. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M.

    19. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B.

    20. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B.

    21. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B.

    22. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion loss (RM3.2 billion in 2008 ringgit).

    23. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)

    24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.

    25. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).

    26. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn Bhd operation to shore up the stock market.

    27. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam.

    28. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million) Same as No:20?

    29. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007.

    30. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum!

    31. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah meniaga adakala untung adamasa rugi atas pelbagai sebab dan masalah. Rakyat faham.

      Delete
    2. sila listkan kebaikan PR dlm Selangor???? kalau blh listkan kebaikan / FAKTA kegemilangan PR dlm Selangor.. mmg aku undi PR. Fakta yer.. dgn bukti sekali.. kalau stakat listing mcm kat atas tu.. sapa2 boleh create.

      Delete
  3. Pakatan Rapuh dah mula gigil/ketor lutut.......dah mula buat REVERSE PSYCHOLOGY nak menaikkan semula semangat mereka setelah rata-rata rakyat bersemangat mahu menyokong Dato Najib.Di sana sini mereka mencanang yang mereka sudah menang,belum mengundi dah menang keeee...........ayuh semua jentera BN,tetapkan semangat,ALLAH bersama kita........jangan biarkan peliwat jadi PM .

    ReplyDelete
  4. baru-baru ini aku ada baca jawatankuasa masjid Makmuriah SG Besar dihukum kerana membantu semasa pengkebumian jenazah perwira yang gugur di Sabah..............ramah mesra betul pentadbiran PR Selangor yeeeee.

    ReplyDelete
  5. baca je dh percaya....mudah betul umno ni kena tipu....huhu

    ReplyDelete
  6. selama ini Pakatan Rakyat yang pandai menipu........ pengikut pr suka kena tipu .Anwar bapak segala penipu.......mustafa ali pun menipu,orang pas percaya keeee bukan dia dalam video jimak gundek tuuuuu Tunggulah CCTV Allah diakhirat nanti.........nak kate video besi keeee

    ReplyDelete

comment please.....