SETELAH sekian lama Khalid memerintah kerajaan negeri Selangor yang mana janji-janji yang ditaburkan sebelum ini masih bersisa tiada tertunai, baru kini aku nampak bekas Menteri Besar bongkak ini mempunyai otak yang geliga untuk membuat keputusan. Jenuh rakyat Selangor yang prihatin terhadap kebajikan berbilion pengguna air di Selangor dan Lembah Klang bercakap dan memberi cadangan kepada Khalid Gagap untuk mencari sumber air baru bagi mengatasi krisis air yang bakal berlaku 2014 nanti.
Pelbagai alasan yang diberikan oleh Khalid bagi menidakkan idea rakyat yang prihatin tentang permasalahan yang terjadi di Selangor. Tidak cukup dengan menyalahkan Syabas yang mana dana Capex dibekukan hingga syarikat konsesi air ini tidak dapat membantu rakyat Selangor bagi mengatasi masalah krisis air ini, Khalid terus mengalihkan kebodohan yang dimiliki beliau secara semulajadi kepada kerajaan persekutuan yang menyarankan supaya Selangor perlukan sumber air baru dan mereka mencadangkan pembelian air dari Pahang melalui projek Loji Air Langat 2 yang masih diteruskan walau masih belum mendapat kelulusan rasmi kerajaan Khalid.
Kerajaan persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air terpaksa mengenepikan tindakan yang bakal dikenakan kepada mereka akibat tidak mendapat kelulusan pembinaan Loji Air Langat 2 demi untuk rakyat Selangor dan Lembah Klang yang amat mengharapkan krisis air tidak akan berlaku lagi pada tahun-tahun yang mendatang. Kerajaan persekutuan terpaksa menanggung risiko walaupun terpaksa membayar premium tanah yang cukup tinggi yang dikenakan kepada mereka oleh Khalid yang terlihat jelas mereka tidak mengizinkan campur tangan kerajaan persekutuan dalam isu air ini.
Dalam satu kenyataan Khalid Gagap yang dibuat baru-baru ini, calon Pelabuhan Klang ini menerangkan kepada media bahawa beliau akan membuat satu kolam takungan air sungai dan air hujan yang dikatakan boleh menyalurkan 2 bilion meter padu air sehari dengan menggunakan Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Batang Berjuntai (Bestari Jaya). Dalam bijak Khalid mendapatkan sumber air yang baru, ada juga bodohnya. Kenapa aku berkata macam tak ada iman?
Cuba kita fikirkan dalam cadangan Khalid Gagap yang mahu membuat satu kolam takungan air yang bakal menyalurkan 2 bilion meter padu air sehari kepada seluruh rakyat Selangor dan Lembah Klang, dan secara automatiknya si Khalid ini akan menggunakan perkhidmatan Loji Rawatan Air Sungai Selangor, Batang Berjuntai. Tahukah kalian saudaraku semua bahawa Loji Rawatan yang akan digunakan oleh Khalid sudah terlalu uzur untuk menampung tambahan air bagi merawat air tersebut. Loji tersebut sepatutnya perlu diservis dan ditukar terlebih dahulu oleh pihak pengurusan Syabas bagi memberi perkhidmatan yang terbaik. Akibat keegoan Khalid, dana Capex yang sepatutnya digunakan oleh Syabas untuk menaiktaraf prasarana air dan paip lama telah dibekukan kerana sikap prejudis Khalid yang terus mengatakan Syabas adalah syarikat kroni UMNO.
Dengarlah wahai Khalid Gagap, loji rawatan air Sungai Selangor itu telah berjasa kepada rakyat Selangor lebih puluhan tahun tanpa diganti apa-apa pun sehingga paip serta saluran air sudah berkarat dan mereput. Percayalah, loji ini tidak akan mampu menampung lagi kerja-kerja menapis dan merawat air tambahan yang dicadangkan Khalid. Cadangan aku pada Khalid supaya bina satu lagi loji rawatan air untuk menampung lebihan air yang perlu disalurkan itu. Seperti yang telah dibuat di Langat 2, buat satu lagi loji dan cuba lah berfikiran lebih realistik dalam mencari jalan untuk membantu mengatasi krisis air ini. Kenapa Khalid Gagap tak nak gunakan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sepatutnya dibina? Kenapa perlu menyombong diri dan menidakkan cadangan yang kini dilihat seperti Khalid bersetuju dengan cadangan mencari sumber air baru untuk rakyat.
Sumber air baru yang dicadangkan Khalid memang nampak logik tetapi tidak berapa realistik. Kenapa perlu bersusah payah membazir duit rakyat untuk mengorek kolam takungan air hujan? Apa salahnya Khalid turunkan sedikit ego yang semakin memuncak tu dan menerima sumber air baru yang diimport dari Sungai Pahang melalui Loji Rawatan Air Langat 2? Ada tak Khalid terfikir bila musim kemarau nanti kolam tu nak tadah air apa kalau hujan pun tak turun? Tidak mengapa kalau rugi sedikit yang penting rakyat tidak terjejas dengan krisis air yang berlaku. Aku sebagai rakyat Selangor juga bersetuju kiranya sedikit duit rakyat digunakan untuk dana pembinaan Langat 2 yang penting rakyat tidak pening dan tidak bersusah payah mengangkut air dari tangki Syabas lebih-lebih lagi yang tinggal di tingkat 20 rumah pangsapuri. Fikirkanlah kegelisahan rakyat dari kegelisahan kroni sendiri.
Salam Sdr. Jawa Bernam, saya cuma ingin menambahkan koleksi sdr tentang bekalan air Selangor. Cuba baca tulisan saya bertajuk, " Memahami Sistem Perbekalan Air Di Lembah Kelang dan Projek Langat 2 Serta isu-isu Berkaitan". http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html
ReplyDelete