Konco-konco ku

Monday, April 29, 2013

CALON DUN SUNGAI PANJANG, BUDIMAN ZOHDI BERKEMPEN KEPADA PETUGAS PAS!!

ALANGKAH indahnya Islam itu jika mereka semua bersatu. Alangkah sejahteranya Islam jika umat Melayu tidak berbalah sesama mereka demi mencapai agenda politik masing-masing. Kenapa kita susah hendak bersatu?

Sikap rendah diri Budiman Zohdi, calon DUN Sungai Panjang kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua muda, miskin kaya mahupun berbeza ideologi politik, Pengerusi SERANG ini tidak ada masalah untuk mendekati mereka semua.

Keadaan di kawasan Sungai Panjang cukup unik dengan tiada perbalahan yang tercetus antara BN-PAS. Mereka masih bersaudara tidak kira dari parti mana, yang penting ukhuwah sesama muslim tidak akan terputus. 

Budiman Zohdi akan ditentang Ust. Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang juga bekas calon yang sudah 3 penggal kalah kepada penyandang sebelum ini Dr. Khir Toyo. PRU kali ini Ust. Fadzlin mencuba nasib untuk menentang Budiman Zohdi sekali lagi.

Ketua Pemuda BN Sungai Besar ini juga berharap rakyat Malaysia akan terus memberikan undi kepada Barisan Nasional. Beliau juga memberi pesanan supaya penduduk Sungai Besar P093 khususnya di DUN Sungai Panjang N03 dapat memberi undi kepada beliau untuk meneruskan perjuangan memberi khidmat terbaik serta kebajikan kepada rakyat sekitar.



UNDI CALON BN, BUDIMAN ZOHDI, N03 SG. PANJANG

2 comments:

  1. Kita mahu pertandingan seperti di atas antara UMNO & PAS
    Pertandingan yg sihat tanpa ada maki memaki, cerca mencerca
    Musuh kita bukan UMNO ...musuh kita bukan PAS ...musuh kita adalah DAP

    PAS patut balik kepada ajaran Islam yg sebenarnya
    Jangan guna Islam untuk tujuan politik sehingga memecah belah umat Islam

    PAS patut bersedia duduk semeja dgn UMNO ...bukan untuk tujuan politik
    Tetapi untuk membincangkan perpaduan ummah melalui Islam

    ReplyDelete
  2. mane maunya.........perpaduan tak mendatangkan duit..........mereka nak kuasa memerintah,supaya boleh kaut laba sepuas-puasnya.........pengalaman aku sendiri.........sekian lama kami berkebun di tanah TOL.......bila PKR perintah Selangor.......mereka sukat/ukur...........minta kami bayar beribu-ribu untuk memperolehi geran tanah........syukurlah........tapi pada yang tak mampu..........harap Tuan Budiman cek isu ini..........samaada sah atau tidak.Semoga Tuan berjaya......SELAMATKAN SELANGOR,SAYANGI SELANGOR......anak jati SG.Besar.

    ReplyDelete

comment please.....