Konco-konco ku

Monday, April 29, 2013

MANIKAVASAGAM TIDAK LAYAK MENJADI YB!! KES BUNUH PEMBANTU PERIBADINYA MASIH BELUM SELESAI!!


S. Manikavasagam yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kapar pada penggal yang lepas yang sememangnya dikenali sebagai "Gangster" yang suka membuat kacau sesuka hatinya.

Kita bukan menuduh tetapi berdasarkan rekod yang ada sepanjang "gangster" ini memerintah di Parlimen kapar terlalu banyak kejadian-kejadian buruk yang berlaku hingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Pembantu peribadi Manikavasagam yang mati dipukul sebagai contoh, ramai yang tidak mahu mengaitkannya tetapi jika dinilai dari sudut lain mesti ada sebabnya kerana budaya samseng yang dibawa oleh Manikavasagam di kawasan itu sudah menjadi "trend" dan mungkin kerana itu ramai yang besar kepala hingga boleh mencetuskan ketegangan.

Dalam kejadian lain di Kapar, Seorang penceramah telah dihalang dari meneruskan ceramahnya oleh 2 lelaki  India dan akibatnya 2 lelaki India tersebut telah ditahan polis dan telah didakwa di Mahkamah Majistret Klang di bawah Akta 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut pencermah tersebut.

Manikavasagam kemudiannya bermati-matian mempertahankan 2 samseng berkenaan dan menuduh BN sebagai dalang kejadian dengan mengaitkan dengan pelbagai lagi tuduhan.

Persoalannya mengapakah Manikavasagam beria-ia mempertahankan 2 orang samseng berkenaan jika dia tiada kaitan dan seharusnya dia sebagai pemimpin patut menegur dan menghentikan kegiatan samseng di kawasannya itu.

Selain itu Manikavasagam juga terlibat dengan banyak lagi kes yang menunjukkan yang dia besar kepala dan hebat kononnya. Baca lagi di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....