Konco-konco ku

Wednesday, April 24, 2013

KHALID GAGAP MAKAN GAJI BUTA SELAMA 5 TAHUN!!

Sudah lima tahun khalid gagap menjadi wakil rakyat dan selama lima tahun itulah khalid makan gaji buta yang telah diterimanya kerana tak laksanakan kerja sebagai wakil rakyat.

Sebagai seorang wakil rakyat khususnya ahli parlimen, masing-masing akan menerima gaji beserta elaun lain yang bernilai lebih RM1juta, namun kita lihat apa kerja-kerja yang telah dilakukan oleh bekas menteri besar ini di kawasan parlimen yang telah dimenanginya iaitu parlimen bandar tun razak. Khalid tak pernah terfikir nak selesaikan masalah penduduk disana. Apatah lagi nak melawat kawasan yang telah dimenanginya. Pemimpin jenis apa macam ni?

Yang terkesan dengan 'kewibawaan' khalid adalah rakyat. Tanyalah sendiri pada penduduk di dalam parlimen bandar tun razak apa yang khalid telah berikan kepada mereka. Apa yang telah mereka terima dari khalid selain krisis bekalan air yang acapkali terputus. Apa jasa bakti khalid?

Lebih kelakar adalah apabila khalid baru kini nak melawat kawasannya sendiri kerana pilihanraya sudah hampir. Politik kelakar puak pakatan apabila rakyat sudah bercakap barulah gelabah tak tentu pasal nak balik kawasan dan tanya khabar rakyat. Rakyat masih mahukan pemimpin macam ni lagi ke?


Sekarang ni dia minta lagi satu penggal nak makan gaji buta?  Kalau dulu tak buat kerja dia boleh dinobatkan sebagai Menteri Besar tersohor yang tak boleh ditandingi oleh calon BN, maknanya 5 tahun lagi kalau diberikan mandat, benda yang samalah yang akan dibuat, memekak telinga kepada rintihan rakyat.  Rakyat kata air tiada, dia tepis cakap Selangor cukup air.
 
Puak mereka menuduh BN mengamalkan kroni dan rasuah dan tidak membantu rakyat. Harta YB BN dikatakan berjuta-juta sehingga tak habis makan 7 keturunan tapi sedar tak mereka yang bercakap tu yang YB mereka juga sama. Punya harta berjuta-juta. Yang membezakan antara YB dari dua parti ini adalah hasil kerjanya kepada rakyat. Tolong bagitahu apa yang rakyat tak dapat dalam pemerintahan BN? KR1M, BR1M, PR1MA, SL1M dan bermacam- macam lagi produk 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM Najib. Pakatan punyai produk apa?


Duit kalau berjuta tapi takde niat nak tolong rakyat, baik berhenti jadi wakil rakyat. Apa guna rakyat memilih tapi tanggungjawab tak pernah dilaksanakan?

Selama jadi wakil rakyat ni Khalid hanyalah menjadi batu asas tanpa bekerja. Rakyat susah dibiarkan, kroni susah dikayakan. Itulah khalid gagap!

No comments:

Post a Comment

comment please.....