SEBENARNYA agak kelakar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shuhaimi Shafie tentang calon Menteri Besar dari BN jika Selangor berjaya diperintah oleh BN yang katanya tidak seorang pun calon wakil rakyat yang diperkenalkan oleh BN dapat menandingi Khalid Gagap dalam soal menjadi Menteri Besar Selangor.
Kali ini aku sokong kenyataan dari Mat Shuhaimi Shafie, calon Sri Muda kerana memang aku yakin 100% tiada seorang pun calon dari Barisan Nasional yang diperkenalkan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dapat menandingi kehebatan Khalid Gagap selaku bekas Menteri Besar.
Aku percaya Khalid Gagap lah yang paling hebat dalam urustadbir kerajaan negeri selama negeri Selangor ini terwujud. Hebat dari segi apa?
Ya! Hebat dari segi rompakan terancang yang penuh licik ke atas harta juga aset kerajaan negeri Selangor. Hebat menipu rakyat negeri Selangor dengan bermacam-macam janji pilihanraya pada PRU12 yang lalu tetapi bila rakyat menuntut janji yang ditabur, Khalid terus mengatakan 'Manifesto Bukan Janji'. Hebatnya Khalid sebagai Menteri Besar dalam perbelanjaan negeri sehingga wang simpanan negeri meningkat ke jutaan ringgit lebih dari semasa pentadbiran BN sebelum ini kerana wang rakyat ini tidak langsung digunakan untuk membantu rakyat Selangor. Hebat! Ternyata Khalid memang seorang yang hebat dalam segala urusan penipuan terhadap rakyat.
Dan yang lebih hebat dan tak akan terbuat oleh Menteri Besar BN adalah tentang isu air yang dapat menunjukkan betapa hebatnya Khalid, sejak dari tahun 2010 Khalid telah menjalankan kajian pembenihan awan (HORAS) juga kajian pencarian sumber air bawah tanah namun sehingga ke hari ini kajian itu masih belum terlaksana malah masih belum dibentangkan.
Hebat Khalid Gagap dimata rakyat Selangor kerana apabila terputus sahaja bekalan air pasti rakyat Selangor akan ingat Khalid. Lalu Syabas menjadi mangsa bekas Menteri Besar tersebut bagi menutup segala lubang-lubang kebodohan yang ada dalam dirinya. Syabas menjadi kambing hitam kepada rakyat jika isu air di Selangor timbul. Syabas jugalah yang membantu rakyat Selangor dengan membawa tangki-tangki air ke kawasan perumahan yang terputus bekalan air tapi Syabas tetap dipersalahkan kerana Khalid mengatakan mereka tidak pandai mengurustadbir air Selangor.
Eh! Nak tanya kat Khalid Gagap ni. Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab kepada isu ini? Syabas atau Khalid yang jadi Menteri Besar? Siapa yang membekukan dana Capex untuk membaikpulih rumah pam atau paip yang uzur di Selangor? Aset Syabas ke rumah pam, loji dan paip tu semua? Siapa sebenarnya yang tidak meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2?
Minta Khalid jujur dan cuba jelaskan pada rakyat apa sebenarnya peranan Khalid sebagai Menteri Besar dalam menangani masalah air seperti ini. Cukup-cukuplah bermain wayang kepada rakyat. Rakyat dah muak, rakyat dah menyampah.
Itu sebab Khalid lari ke Pelabuhan Klang sebab rakyat di Ijok dah menyampah dengan Khalid yang tidak pernah menunaikan janji yang dibuat sebelum menang PRU12 yang lepas. Rakyat Ijok dah cukup kenal dengan Khalid yang hanya manis dibibir tapi bila tanya bila nak laksana, 'Manifesto Bukan Janji'.
Rakyat Selangor tolong buka mata luas-luas dan tanya sendiri pada penduduk di Ijok apa yang telah dilakukan oleh Khalid selama 5 tahun dia mewakili rakyat Ijok. Kosong. Pembinaan sekolah India, Kuil, pembaikpulihan jalan, dan banyak lagi hanyalah retorik Khalid dan pakatan pembangkang dalam melemparkan janji-janji kosong kepada rakyat.
Hebat Khalid! Hanya berbekalkan 'Manifesto Bukan Janji', dia sudah boleh menipu orang-orang Ijok. Yang dapat dinikmati hanyalah pemberian air percuma 20meter padu sahaja. Yang lain jangan bermimpilah nak dapat. Itu pun Khalid masih belum sedar yang sebenarnya rakyat Selangor sudah dapat menilai kepimpinan yang mana satu lebih baik. Adakah rakyat mahukan sebuah kerajaan yang menepati janji atau sebuah kerajaan yang masih mengatakan 'Manifesto Bukan Janji'. Fikirkanlah.
Memang lah hebat dan takde MB lain boleh lawan dia sebab:_
ReplyDelete1. Manifesto dikata bukan satu janji.
2. Tanah anak yatim pun nak dikebas.
3. Asrama diujudkan untuk anak selangor yang tidak berkemampuan ditutup.
4. Cukai pintu kediaman dan perniagaan dinaikkan.
5. Setiap projek untuk kesenangan dan kemudahan rakyat yang dilakukan oleh kerajaan pusat di sabotajnya.
6. Yang paling pandai sigagap ni sanggup jadi boneka kepada Cina DAP didalam mentakbir negeri…
CALON BN N.46 JUGA TERLIBAT MEMBAWA KEPALA LEMBU KE SUK SHAH ALAM SEBAGAI TANDA ANTI HINDU.
ReplyDeleteu u u undi lah sa sa sa sayeeee
ReplyDeleteKhir toyo apa citer? Lagi bangsat dia tu.
ReplyDelete