PAKATAN memang langsung tidak pernah berpakat dalam apa-apa keputusan yang dibuat. Pakatan ternyata diterajui oleh Anwar walaupun parti-parti lain turut menyumbang bakti kepada pakatan mereka ini. Bukan itu sahaja, sehingga ke hari ini PSM masih lagi tidak berpuashati dengan PKR yang meletakkan calon PKR mereka di kerusi DUN Semenyih walaupun telah diberitahu yang kerusi tersebut adalah milih PSM.
Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan sebelum ini telah menegaskan yang kerusi bagi DUN Kota Damansara, Semenyih dan Sg. Siput harus diberikan kepada calon dari PSM dengan menggunakan lambang parti PKR namun sampai ke hari ini keputusan tidak dapat dibuat akibat ketamakan Anwar yang mahukan semua kerusi haruslah diberi kepada PKR.
Pada PRU12 yang lepas, ketiga-tiga kerusi yang dipertandingkan telah dimenangi oleh calon dari PSM dengan menggunakan lambang PKR. Tetapi PRU13 kali ini Anwar dilihat cuba memonopoli kesemua kerusi yang pernah ditandingi calon PSM dan tidak memberi ruang langsung kepada mereka.
Anwar turut mengumumkan di AU2 yang lepas yang kerusi DUN Semenyih akan diletakkan Hamidi A Hasan dari PKR manakala kerusi DUN Kota Damansara masih lagi dalam perbincangan.
No comments:
Post a Comment
comment please.....