Konco-konco ku

Monday, April 29, 2013

TERKINI!! 150 AHLI PKR PADANG JAWA, SHAH ALAM KELUAR PARTI SOKONG BN!!


Sebanyak 150 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Padang Jawa hari ini mengumumkan keluar parti setelah merasakan kebajikan mereka diabaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail semenjak beliau berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12.

R. Pachiappan, 64, yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, sebelum ini, dia merupakan penyokong kuat PKR dan pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Shah Alam serta Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sejak 2008.

Namun katanya, dia dan rakan-rakannya mengambil keputusan keluar daripada parti bagi menyertai MIC setelah mendapati kepimpinan PKR gagal menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi masyarakat kaum India di kawasan DUN Batu Tiga.

''Banyak masalah kaum India di sini saya adukan kepada beliau (Rodziah) untuk diselesaikan tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya sehingga kini.

''Saya juga menuntut beliau memenuhi janji semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 tetapi dia cakap kepada saya, 2008 punya cerita, jangan disebut-sebut lagi," katanya.

JawaBernam: Agak-agak Khalid Gereja boleh mati cepat tak kalau tiap hari dengar ada je ahli dari parti pakatan yang beramai-ramai keluar meninggalkan parti? Seorang pemimpin UMNO keluar parti, beribu-ribu ahli parti pakatan masuk UMNO.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...