Konco-konco ku

Thursday, April 4, 2013

KEMELUT AIR SELANGOR TAK AKAN BERAKHIR JIKA EGO KHALID MASIH TINGGI!!

 

Masalah air di Selangor nampaknya tidak menemui jalan keluar sehingga hari ini. Setelah 5 tahun penuh memerintah kerajaan Selangor, pentadbiran Khalid Gagap langsung tidak dapat menyelesaikan masalah utama yang sering membelenggu rakyat Selangor terutama yang berada di Lembah Klang. Pelbagai janji yang telah ditabur oleh Khalid Gagap pada PRU12 yang lepas namun sehingga kini hanya pemberian air percuma 20meter padu pada setiap rumah di Selangor. Tetapi berapa ramai rakyat yang mendapat manfaat sebenarnya?
 
Akibat dari kegagalan Khalid dalam menunaikan janji manifestonya, maka kerajaan Selangor terpaksa mencari jalan untuk mengelakkan mereka dituduh kerana tidak pandai mentadbir kerajaan negeri dan menunaikan janji. Sebagai entiti yang paling dekat untuk menuding jari, maka dipilihnya SYABAS sebagai kambing hitam. Segala kesalahan, segala kegagalan dalam menyalurkan air percuma kepada rakyat Selangor di tujukan kepada SYABAS kerana syarikat konsesi ini dikatakan ada kena mengena dengan UMNO.
 
Berdasarkan kepada video youtube yang disertakan (klik SINI), ada disebut "di bawah undang-undang, kerajaan Selangor wajib;
 
1. Memastikan air mentah cukup
2. Memastikan air sungai bersih
3. Membina loji rawatan baru
4. Memastikan air bersih cukup
 
Dari sini juga kita dah boleh melihat yang kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Khalid Gagap gagal dalam memastikan segala kebajikan rakyat berkenaan air di Selangor. Ya! Kerajaan Khalid Gagap GAGAL di Selangor. Air sungai kotor, tiada loji rawatan baru, dan yang terpenting air bersih tidak pernah cukup. Mengimbau kembali pada tahun awal 2013 yang mana sebahagian kawasan di sekitar Selangor mengalami gangguan air yang teruk. Ini kerana SYABAS tidak dapat mengagihkan bekalan air yang sedia ada kepada semua akibat air bersih yang telah diproses tidak dapat menampung permintaan penduduk terutama di Lembah Klang.

Kenapa aku perlu tekankan berkenaan krisis air di Selangor? Sebabnya mudah. Air mentah di Selangor memang mencukupi jika hendak dicampurkan dengan air sungai Klang, air longkang dan air parit yang hitam legam. Memang tiada masalah air langsung tapi Khalid perlu sedar yang rakyat memerlukan air bersih dalam urusan harian mereka. Walau banyak mana sekalipun air mentah yang ada di Selangor namun tidak dapat menampung permintaan dari rakyat Selangor dan Lembah Klang. Air yang ada cukup untuk sekarang, persiapan masa depan mana?  Nak tunggu dah kering kontang baru nak fikir jalan? Nak tutup kelemahan, SYABAS jadi mangsa,  terpaksa dipersalahkan.
 
Cuma ada beberapa pertanyaan dari aku kepada Khalid berkenaan isu air Selangor ni. Siapa yang membekukan CAPEX sebagai modal untuk SYABAS bagi menangani masalah kekurangan air di Selangor? Siapa yang menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang disarankan oleh kerajaan pusat? Dan siapa sebenarnya yang telah mengkhianati rakyat Selangor?
 
Kerajaan pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberikan peruntukan yang cukup besar kepada kerajaan negeri Selangor sebagai salah satu langkah untuk mengekang krisis air walaupun Khalid masih berkeras tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Dalam masa yang sama, Khalid turut juga mencari jalan untuk mengekang krisis air ini tapi dengan cara yang sungguh 'bijak' iaitu mengkaji pembenihan awan (HORAS) dan air bawah tanah. Selepas 5 tahun berlalu, Khalid masih lagi mengkaji cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh beliau sendiri sejak tahun 2010 lagi.  Rakyat dah rasa bahang tak ada air tapi Khalid masih dengan cadangan-cadangan.  Bila agaknya cadangan nak jadi kenyataan?
 
Rakyat Selangor tidak mengharapkan apa-apa dari Khalid, namun isu air ini amat dititik beratkan kerana masalah kekurangan air telah dialami oleh lebih 500,000 rakyat Selangor. Khalid perlu memahami kehendak rakyat Selangor, jangan pandai bercakap sahaja. Lagi satu! Minta Khalid jangan bazirkan duit rakyat dengan berceramah kesana-sini konon nak menyelesaikan isu air ini tapi sehingga kini tiada jalan penyelesaian. Taklimat konon nak menerangkan kepada rakyat berkenaan isu air yang dipolitikkan oleh BN, walhal yang sebenarnya mereka menggunakan pentas taklimat air ini sebagai pentas politik mereka dengan menyebarkan ceramah politik hina dan tidak langsung menyentuh tentang air Selangor.
 
Tengoklah sampai sekarang pun isu air ini tidak selesai. Di Shah Alam baru-baru ini, penduduk di sana mengeluh kerana menghadapi tekanan air yang rendah terutama di kawasan rumah flat sekitar Seksyen 24 dan 18. Di Ampang pula, beberapa minggu yang lalu penduduk di kawasan Lembah Jaya runsing kerana gangguan air berlaku secara tiba-tiba. Sebagai satu langkah untuk menyelamatkan diri, Khalid terus menuduh SYABAS kerana tidak pandai menguruskan air. 
 
Kesian tengok SYABAS yang disepak terajang oleh kerajaan Selangor walhal konsesi air ini hanyalah membeli air dari kerajaan Selangor,  menyalurkan sahaja kepada rakyat. Kerajaan Selangor sepatutnya memainkan peranan penting dalam isu ini. Kumpulan Darul Ehsan Berhad juga mempunyai share dalam pentadbiran urus air Selangor, kenapa sehingga ke saat ini diam membisu?
 
Tak perlu rasanya bercakap panjang pasal krisis air ini selagi Khalid tidak menurunkan sedikit ego yang ada pada beliau. Modal CAPEX dibekukan. Loji Rawatan Air Langat 2 juga tidak dapat dijalankan kerana ego Khalid sendiri yang dengki kerana projek itu dikatakan diberikan kepada kroni BN sedangkan kerajaan persekutuan telah membuka tender itu kepada Khalid namun sehingga sekarang Khalid tidak memberi sebarang respon. 
 
Siapa yang bersalah sebenarnya? SYABAS atau Khalid?

2 comments:

  1. jgn risau...melayu, cina, india, kadazan & JAWA di selangor sume dpt air percuma..

    pelik ngn blogger kaum jawa nih...

    sibuk nk byr bil air? ooo...yela...dpt byk duit ngn melayu kan...

    jawa mengemis ngn melayu umno...

    cehhh!!! memalukan...

    ReplyDelete
  2. X yah la nak memburukkan orang je keje ko ni..kl kite tulis benda x elok.nanti kite mati...bende tu orang masih baca...dapat free jee dosa walaupun kita dah mati

    ReplyDelete

comment please.....