Konco-konco ku

Tuesday, April 30, 2013

[N04 SEKINCHAN] KEK SENG HOOI, TOK SIDANG YANG DISEGANI!!

CALON N04 Sekinchan bernama Kek Seng Hooi amat popular di Sekinchan kerana jasa bakti beliau yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam membantu rakyat sekitar khususnya masyarakat Cina. Sikap rendah diri, peramah kepada setiap lapisan masyarakat melonjakkan lagi namanya dalam kerjaya politik beliau.

Kek Seng Hooi atau lebih mesra dengan panggilan Sidang Kek adalah Pengerusi JKKKP Kem Site C, Sekinchan. Beliau juga adalah Ketua MCA Bahagian Sungai Besar yang begitu disegani oleh kawan mahupun lawan. Seorang anak tempatan yang sejak kecilnya lahir dan menetap di Sekinchan membolehkan beliau rapat dan senang bergaul dengan masyarakat setempat.

Sidang Kek berjaya menambat hati penduduk Sekinchan yang 60% adalah dari kaum Cina dengan teletah dan sikap keperibadian yang tinggi. Banyak berbakti dan berjasa kepada penduduk sekitar Sekinchan tidak kira dari kaum Melayu, Cina mahupun India. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan segera tanpa mengeluh.

Seorang tokoh kepimpinan yang layak bertanding dikerusi ini bagi menandingi penyandang terdahulu Ng Suee Lim dari DAP yang juga orang luar dari Kapar. Punyai harapan yang cerah untuk merampas kembali kerusi Sekinchan setelah 2 penggal calon DAP itu menjadi wakil rakyat yang tidak ada dikawasan.

Calon berwibawa. Memupuk keharmonian kaum 1 Malaysia. Inilah calon Barisan Nasional.


No comments:

Post a Comment

comment please.....