Konco-konco ku

Wednesday, April 3, 2013

GEMPAR!! WAN AZIZAH AKAN BERTANDING DI DUN PELABUHAN KLANG!!

BERITA yang baru diterima dari seorang sahabat dalam PKR bahawa Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR sah akan bertanding di kerusi DUN N46 Pelabuhan Klang. Perkara ini telah tersebar secara meluas di Parlimen Klang dengan mengatakan Wan Azizah mempunyai potensi yang tinggi untuk menang dan seterusnya bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor pertama wanita.

Dun Pelabuhan Klang yang sebelum ini disandang oleh calon PKR, YB Badrul Hisham dengan kemenangan majoriti 4,407 undi akan diambil semula oleh PKR sebagai kerusi harapan menang Dun Selangor. YB Badrul Hisham yang telah berpaling tadah dari pembangkang dan telah pun menyerahkan borang keahlian UMNO pada Mei 2010.

Perkara ini sebenarnya telah dapat diduga sejak tahun 2011 lagi apabila PKR kecewa dengan tindakan Badrul Hisham yang mengisytiharkan menjadi wakil rakyat bebas dan mesra BN setelah dibuang dari kabinet negeri kerana tidak hadir dalam sidang dun.

Selepas Anwar mengesahkan yang beliau akan bertanding di Perak, Wan Azizah pula bakal meneruskan agendanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor pertama dari kaum wanita. 

8 comments:

  1. bapa/suami=PM
    ibu/isteri=MB
    anak=MENTERI

    SEJARAH BARU AKAN TERCATAT.

    ReplyDelete
  2. layak ker jd MB?presiden pun jd boneka bisu nnti jd MB bisu dalam sejarah kerana semua keputusan suaminya yang buat cuma baca skrip jer

    ReplyDelete
  3. Nanti baru tak sampai setahun jd adun, letak jawatan...sebab nak bagi laluan laki pulak jd adun. Macam pernah dengar jer cerita ni, tpi dimana ya....................

    ReplyDelete
  4. Sejarah bakal tercipta bila perdana menteri si suami & si isteri pulak Mb..Agak unik tu..agaknya kalau la jawatan YDA dibuat pilihanraya..mesti itu pun dia nak sapu bersih..

    ReplyDelete
  5. jika terjadi demikian akan dicanang keseluruh malaysia rakyat telah membuat pilihan yang tepat,kalau gagal seperti biasalah UMNOlah yg jadi sasaran.

    ReplyDelete
  6. org jawa nk ngundi sape2 pun...xkisah...
    tp...yg perlu dikisahkan...ramai sgt org jawa ngaku melayu!
    alahaii...xde jatidiri jawa langsung!
    xmalu menumpang ngn melayu umno?? pelik...xrasa malu...

    ReplyDelete
  7. Dlm.nikmat ada bala.Dlm.bala ada nikmat.Ingatlah kita menumpang d bumi Allah.Pemimpin yg.hebat adalah yg.mengikuti jejak nabi Muhammad s.a.w.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...