Konco-konco ku

Monday, April 29, 2013

TERKINI!! 483 BEKAS AHLI PKR KELANA JAYA KELUAR PARTI SOKONG BN!! #Vote4BN

BERITA ini bakal menggegarkan lagi jantung penyokong puak pakatan yang selama ini begitu bangga dengan berkata mereka bersama rakyat. Walhal, kita melihat senario sekarang ini semakin ramai para bekas penyokong pakatan telah meninggalkan parti gabungan dalam pakatan tersebut tidak kiralah dari DAP, PKR mahupun PAS.

Semalam bertempat di Taman Desaria, DUN Seri Setia, seramai 483 orang bekas ahli dan penyokong tegar PKR Parlimen Kelana Jaya telah beramai-ramai keluar meninggalkan parti yang penuh kotor itu dan menyatakan sokongan kepada calon-calon yang dibawa oleh Barisan Nasional. Borang keahlian diserahkan kepada calon BN DUN Seri Setia, Haji Abdul Halim Samad.

Mereka berjanji akan berganding tenaga dan secara sukarela menawarkan diri sebagai jentera BN bagi memastikan Barisan Nasional kembali mengambil Selangor khususnya di Parlimen Kelana Jaya yang telah bosan dengan janji tak ditepati selama 5 tahun dibawah pemerintahan PKR Selangor.

Sama-sama kita doakan semoga lebih ramai lagi akan dibukakan hati untuk menolak pakatan.

1 comment:

  1. Syabas. Kepada penyokong2 BN yang kecewa kerana pemimpin mereka tidak dicalonkan usah merajuk lagi rapatkan saf kita pastikan calon BN menang. Insya Allah ada rezeki nanti tak semestinya jadi calon ADUN atau MP. Calon Senator, Setiausaha Parlimen, Penyelaras Parlimen, Setiausaha Exco, Duta dan pelbagai jawatan dalam GLC sedia menanti kepada siapa yang bekerja dan setia.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...