Konco-konco ku

Friday, April 12, 2013

SKANDAL MUSTAFA ALI: SIAPA PULA HENDAK KAJI VIDEO SEKS SETIAUSAHA AGUNG PAS NI??

PERNAH satu ketika dahulu, Mustafa Ali diminta mengulas tentang kewujudan dan kesasihan video seks Anwar Ibrahim bersama ChinaDoll yang telah didedahkan oleh Trio Datuk T.  Begitu bersungguh Setiausaha Agung PAS ini menafikan individu dalam rakaman terbabit bukannya Anwar Ibrahim, dan turut memfitnah bahawa ini adalah kerja jahat UMNO dalam merosakkan imej Ketua Umum PKR itu.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kali ini Mustafa Ali terperangkap dengan permainannya sendiri. Kali ini rakaman aksi Mustafa Ali bersama seorang wanita di dalam bilik hotel telah disebarkan oleh ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) di salah sebuah negeri di Pantai Timur kepada orang ramai.

Perkara ini tercetus akibat rasa kurang senang Anwar Ibrahim apabila Mustafa Ali mencadangkan kepada Hadi Awang supaya memujuk kembali Nasha dan Hassan Ali kembali kepada PAS menjelang PRU ini. Apabila Anwar mendapat tahu sahaja rancangan mereka, maka dikerahkan AMK untuk memasang camera tersembunyi didalam bilik hotel terbabit. 

Tetap nak salahkan UMNO dalam hal ni? Korang yang dapat sedap, nama busuk bagi kat UMNO. Adakah isu moral para pemimpin yang hendak memimpin Malaysia tidak diambil berat langsung? Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, ini negara Islam, agama rasmi Malaysia masih agama Islam, adakah kes moral seperti ini adalah sebahagian dari Islam?

Bukan UMNO yang dedahkan rakaman ini tetapi AMK, jadi kesalahan jangan terus dituduh kepada UMNO. Dua orang ahli AMK juga telah ditahan dan disoal siasat malah mereka diupah oleh orang atasan parti untuk edarkan cd tersebut.

Rasanya kalau ikut dari kata Hadi Awang, "Islam benar aibkan pemimpin", jadi tidak salahlah tindakan AMK yang sebarkan rakaman video tersebut kepada umum kerana telah bersanadkan kepada kata-kata Hadi Awang. Salah UMNO lagi ke?

Seperti juga kes rakaman aksi Anwar dan ChinaDoll, Mustafa Ali pernah berkata yang jika tidak mempunyai 4 orang saksi yang credible maka saksi itu tidak layak menjadi saksi. Dan rakaman video tersebut itu juga tidak boleh dijadikan saksi kerana rakaman itu BESI bak kata Nik Aziz. Salah UMNO lagi?

Jadi siapa pula kali ini yang hendak mengkaji rakaman video Mustafa Ali ini?

5 comments:

  1. hadi dah kuar fatwa.. boleh bukak aib pemimpin.. jom kita bukak semua....(kecewa dengan perbuatan yang menjijikkan yang dilakukan oleh PAS)

    ReplyDelete
  2. "NAMPAK SAMA TAPI BUKAN DIA"… … …jozanzz.....

    ReplyDelete
  3. tak sampai 10 minit pun, org UMNO biasa boleh tahan lebih setengah jam

    ReplyDelete
  4. BERJIHAD DI HADAPAN PEMERINTAH ZALIM

    Hadis dipetik dari Sahih Muslim:

    Tiada seorang nabi pun yang Allah utuskan kepada satu-satu umat sebelumku,

    melainkan ada di kalangan umatnya yang menjadi penyokong dan teman seperjuangan;

    mereka mengambil sunnah perjalanan hidup nabi mereka,

    dan mereka taatkan arahannya,

    kemudian sesungguhnya akan menggantikan mereka pengganti-pengganti yang jahat;

    mereka berkata apa yang mereka tidak buat,

    dan mereka buat apa yang mereka tidak disuruh.

    Maka barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan tangannya, maka dia benar-benar beriman...

    Dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan lidah, maka dia beriman...

    Dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hati, maka dia juga beriman.

    Dan tiada lagi iman (kalau tidak berjihad melawan mereka dengan hati) walaupun sebesar biji sawi.”

    http://perjuangan4ever.blogspot.com/2011/03/berjihad-di-hadapan-pemeritah-zalim.html

    ReplyDelete
  5. 请远离马华党员 叶金福!


    敬爱的马华公会中央领导層,

    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.


    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    sharing by chong taman ehsan, kepong

    ReplyDelete

comment please.....