Konco-konco ku

Tuesday, November 13, 2012

ZAHID HAMIDI MULAKAN SERANGAN M16 PADA NURUL IZZAH


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencabar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar untuk menyaman portal berita pro pembangkang, Malaysiakini yang turut melaporkan kenyataannya berhubung kebebasan agama dalam kalangan orang Melayu.

Ahmad Zahid berkata, ini berikutan portal berkenaan turut menyiarkan kenyataan yang sama seperti mana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

''Apabila terdesak Nurul Izzah menyatakan bahawa dia tidak berkata demikian seperti dalam akhbar Utusan Malaysia dan akhbar lain, tetapi apabila kita baca Malaysiakini ia turut menyatakan perkara sama."

Betul jugak apa yang Ahli Parlimen Bagan Datoh ni cakap, kalau betul Izzah nak tegakkan kebenaran saman juga MalaysiaKini yang mula-mula mengeluarkan artikel "Melayu Bebas Beragama" Nurul Izzah tersebut.

Jangan nak suka-suka hati tuding jari cari salah orang lain....

1 comment:

  1. Tahniah kpd mkini krn keluarkan berita terkini. Sekurang kurangnya rakyat makin celik dan faham siapa nurul ?

    ReplyDelete

comment please.....