Konco-konco ku

Wednesday, November 14, 2012

@NGEHKOOHAM SOKONG NURUL IZZAH. "MELAYU BEBAS BERAGAMA".

PERKARA yang sudah diduga setelah Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan "Melayu Bebas Beragama". Kini satu lagi suara kafirun dari DAP menyokong kenyataan Nurul Izzah berkenaan isu tersebut. 

Ngeh Koo Ham, tokey OldTown White Coffee yang menyediakan hidangan tidak halal menyokong tindakan Nurul Izzah yang umat Islam punyai hak untuk beragama dan memilih agama masing-masing walaupun dilahirkan Islam.

Aku tak nak mengulas lebih panjang pasal kenyataan Ngeh ni, sekurang-kurangnya aku dah bagitahu kat semua yang Ngeh ni memang anti-Islam dan cuba menyokong mana-mana individu yang ingin memusnahkan Islam.

Yang aku nak persoalkan adalah Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai Mursyidul Am dan Presiden PAS yang hingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atau fatwa yang selalu digunapakai kepada pemimpin UMNO jika mereka mengeluarkan kenyataan salah berkenaan Islam.

Adakah dua orang pemimpin PAS yang dikatakan Islam ini turut menyokong kenyataan Nurul Izzah yang membolehkan umat Islam MURTAD? Dimana kredibiliti mereka sebagai pemimpin dalam parti kononnya Islam itu apabila berlaku kepada pemimpin dari pihak sendiri terus menyepi diri. Fikirkan.

1 comment:

  1. Semua orang Melayu mesti boikot beli dan minum kopi , kepunyaan syarikat OldTown White Coffee. Semua orang Melayu mesti beli kopi kepunyaan syarikat orang Melayu, tidak termasuk kepunyaan orang PAS dan PKR.
    Ngeh Koo Ham adalah pengkhianat negara Malaysia. Pemimpin cina ini terlalu rasis.

    ReplyDelete

comment please.....