Konco-konco ku

Friday, November 30, 2012

TERKINI!! HARAKAH & SUARA KELDAI FITNAH FELDA JUAL MINYAK KE ISRAEL!!


KUALA LUMPUR, 30 November - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan kenyataan FELDA akan menyaman AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman atas kenyataannya menuduh FELDA menjual Minyak ke Israel.

Turut akan disaman ialah akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang menyebarkan berita tersebut diakhbar mereka.

Fitnah daripada AJK PAS Pusat itu telah dipaparkan dalam akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' bertarikh 27 November 2012 manakala Harakah bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' yang secara jelas adalah sandiwara politik yang berunsur fitnah.

Katanya dalam satu sidang media, AJK PAS itu memfitnah bahawa Bunge Agribusiness Singapore  Private Limited ialah syarikat Israel. Itu tidak benar, Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukan syarikat Israel. Ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat, iaitu negara yang Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan.

Fitnah ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ahmad Maslan dan telah berbincang dengan peguam FELDA untuk tindakan saman.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Maslan turut menyatakan FELDA sebelum ini telah menyaman akhbar Suara Keadilan atas fitnah FELDA Bankrap yang sekarang ini dalam proses mahkamah. -PutajayaOnline.

No comments:

Post a Comment

comment please.....