Konco-konco ku

Thursday, November 29, 2012

12 KALI PILIHANRAYA PAS MENIPU - TS MUHYIDDIN


Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung tiga sayap utama UMNO ada menyebut, “Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam.”

Beliau berkata demikian ketika merujuk pada hala tuju perjuangan PAS yang ternyata hanya bijak memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik kepartian.

Selanjutnya beliau meminta rakyat supaya mengambil kesempatan PRU 13 nanti untuk memastikan PAS tidak lagi bebas untuk terus berbohong dengan berselindung disebalik retorik agama yang mengelirukan.

Barangkali menyedari betapa pedasnya teguran oleh Timbalan Presiden UMNO itu, tak semena-mena para penyokong PAS dan PR menghamburkan kemarahan mempertikaikannya.

Memang agak pahit untuk penyokong pembangkang menerima kebenaran kenyataan itu sekalipun terbukti benar sejak 61 tahun PAS ditubuhkan hanya gembar-gembur propaganda sahaja yang mampu PAS utarakan kepada rakyat. Baca lagi di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....