Konco-konco ku

Sunday, November 11, 2012

KHALID GAGAP MELUTUT MERAYU MOHON TIDAK DISAMAN!!


Peguam, Kamarudin Ahmad hari ini memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah deklarasi ke atas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya membatalkan cadangan pemindahan lima aset perbadanan itu kepada Private Real Estate Company (PREC).

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman milik peguam berkenaan, Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Menurut Kamarudin, tindakan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan PKNS defendan kedua untuk memindahkan aset-aset perbadanan itu, jelas melanggar Perkara 13(1)(a) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.

Lima aset tersebut adalah Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen SACC Shah Alam, Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di ibu negara.

``Menurut Perkara 13(1)(a) enakmen tersebut, defendan perlu mendapat persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan bagi mewujudkan syarikat dikenali sebagai PREC untuk tujuan menerima pindah milik lima aset yang dimiliki defendan kedua.

``Defendan pertama juga telah melanggar Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan dengan cara melupuskan aset-aset defendan kedua sehingga menjejaskan masa depan peniaga-peniaga Melayu dan bumiputera di seluruh Selangor,’katanya kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin; dan Ketua Pemuda MCA Bahagian Klang, Datuk Ching Eu Boon.

Mengikut writ saman tersebut, tindakan defendan pertama memindah milik aset-aset tersebut kepada PREC didakwa jelas melanggar Pindaan Enakmen PKNS 1972 yang memperuntukkan peranan defendan kedua sebagai agensi pelaksana dasar-dasar kerajaan Persekutuan.

``Tindakan pemindahmilikan aset PKNS tersebut akan merencatkan dasar-dasar kerajaan Persekutuan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Negara dan dasar mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

``Dasar-dasar kerajaan Persekutuan tersebut akan sukar dilaksanakan jika aset-aset PKNS dipindah milik kepada PREC kerana entiti tersebut tidak terikat dengan dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi seperti terkandung dalam Enakmen PKNS,’’ ujarnya.

Justeru katanya, PREC yang tidak terikat dengan enakmen tersebut, bebas untuk menjalankan apa saja bentuk perniagaan atau pelaburan yang mampu menjejaskan aset-aset PKNS tersebut.

Laporan Mingguan Malaysia 28 Oktober lalu mendedahkan satu sumber dalaman PKNS yang mendakwa kesemua aset komersial PKNS akan diserahkan kepada syarikat lain pada masa akan datang semata-mata bagi meraih keuntungan maksimum.

Pengambilalihan tersebut didakwa sebagai 'langkah awal' untuk menjual kesemua aset komersial syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu yang matlamat asal penubuhannya adalah bagi membantu perkembangan ekonomi orang Melayu.

1 comment:

  1. sepatutnya siapa kerajaan mewujudkan syarikat milik negeri tetap milik kerajaan terdahulu wlupun bertukar pemerintahan!..kerajaan kemudian
    itu perlu menunjukkan kesungguhan membina entiti
    baru...tanpa mengabaikan entiti terawal! tujuannya mudah-entiti awal tidak disalahguna atau diubah statusnya oleh pemerintah yg baru!!

    ReplyDelete

comment please.....