Konco-konco ku

Thursday, November 15, 2012

PEMUDA PAS TIDAK AKAN IKUT SERTA BERSIH 4.0!!

MUKTAMAR PAS yang sedang diadakan sekarang ini di Kelantan diberitakan yang Dewan Pemuda PAS menolak usul demo Bersih 4.0 yang dijangka akan diadakan pada bulan Januari tahun hadapan. Usul itu terpaksa ditolak oleh Ketua Pemuda PAS kerana mahu menumpukan pada gerak kerja jentera.

Kalau Anwar tahu ni berbulu telinga sebab semasa perhimpunan raksasa baru-baru yang dibuat di Seremban, telah diumumkan bahawa perhimpunan Bersih terakhir akan diadakan pada tahun hadapan. Puak PKR dan DAP telah menyatakan persetujuan untuk hadir dan turut serta dalam perarakan tersebut namun tidak mendapat kata sepakat dari PAS.

Apa sudah jadi? PAS dah tak sebulu dengan rakan pakatannya ke? Atau dah bosan dengan permainan PKR yang selalu menganjurkan demo untuk hal yang kecil hingga pergerakan jentera parti tidak berjalan. Masalah besar ni kalau parti pakatan tak sebulat suara.

Umum mengetahui yang penyumbang terbesar untuk Bersih adalah dari ahli-ahli PAS, jadi kalau PAS tidak mahu turut serta maka malu lah Anwar kalau yang datang hanya sebilangan kecil sahaja. Ahli PKR bukan ramai mana pun. DAP? Ingat Cina-Cina bukit tu nak turun semua ke? Jangan haraplah.

Sudah nampak akan timbul perpecahan antara parti dalam pakatan sebelum menjelang pilihanraya ini. Asas yang kukuh aku pegang sampai sekarang. Ketiga-tiga parti besar dalam pakatan tidak mempunyai matlamat yang sama dan masing-masing nak jadi ketua. Setuju?

3 comments:

  1. bersih 4,0 datuk jamal kew,..

    ReplyDelete
  2. dewan pemuda dah sedar kot?.....ahli pas paling ramai digerak demo bersih....pkr buat onar merusuh...yg dapat nama buruk islam pas!!!

    tak ker naya tu?....islamik dan jadi selamik parti PAS dibuatnya!!!

    ReplyDelete
  3. tak apa pok nik belum paktua ...apabila dia keluarkan paktua perhimpunan bersih itu semacam ibadat sembahyang ... er maknanya besarnya pahala ... maka berbondong-bondonglah penganut agama pas yang kecil, yang besar, yang panjang, yang pendek, yang kuat, yang lumpuh ... semuanya pakat keluar melakukan ibadat tersebut ... maka ramailah puak pas bersembahyang dengan berimamkan nwar berahi ...

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...