Konco-konco ku

Thursday, November 22, 2012

CAT FARISH JUGA TURUT RISAU DENGAN POLITIK MALAYSIA

SIAPA yang cakap golongan artis yang atas pagar ni tak ambil berat pasal politik semasa di Malaysia? Mereka sebenar begitu prihatin dengan mengambil tahu berkenaan politik namun tidak mahu terbabit secara langsung dengan mana-mana parti. 

Pagi tadi terbaca satu status dari artis terkenal tanah air iaitu Cat Farish yang risau dengan masalah Islam bergaduh dengan Islam. Mungkin beliau mengatakan berkenaan dua parti terbesar Melayu Islam di Malaysia iaitu UMNO-PAS yang dilihat sejak kebelakangan ini begitu aktif untuk bergaduh merebut kerusi Parlimen Malaysia.

Beliau melahirkan rasa bimbang dengan keadaan semasa yang berlaku di Malaysia. Terpulang kepada orang ramai untuk suka kerajaan atau tidak, nak pangkah mana kerana itu bukan masalah beliau tetapi beliau menegaskan tidak mahu melihat umat Islam sesama umat Islam berbalah.

Kali ini aku nak bersifat neutral sebab aku pun melihat benda yang sama. Apabila dua parti Islam terbesar berbalah yang terkena tempiasnya adalah umat Islam itu sendiri walaupun tidak terjebak dengan mana-mana parti politik. Betul kata Cat Farish, tak kisah siapa jadi pegangan dan siapa jadi ikutan yang penting jangan Islam sama Islam bergaduh.

Ini bukan berkenaan dengan politik tetapi bekenaan dengan kesatuan umat yang dipelihara sejak berkurun lamanya namun telah dimusnahkan oleh segelintir individu yang gilakan kuasa dan harta. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....