Konco-konco ku

Thursday, November 22, 2012

GEMPAR!! KHALID GAGAP ARAH MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT ROBOH TOKONG BUDDHA!!!


Dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, sebuah jentolak telah digunakan bagi menghancur dan meratakan tapak tokong yang sudah terbina sekian lama di kedua-dua belah kaki jambatan tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada YB Ronnie Liu selaku exco kerajaan negeri bagi portfolio jawatankuasa tetap kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan dan berkuasa ke atas mana-mana majlis daerah dalam negeri Selangor itu mengetahui dan seterusnya membenarkan perobohan tokong kecil tersebut.

Namun, jika terbukti Ronnie Liu bahawa beliau mengetahuinya maka ini merupakan satu pengkhianatan beliau terhadap para penganut agama Buddha di kawasan sekitar tapak tokong berkenaan. 

YB Phillip Tan (DAP), selaku ADUN Telok Datok tidak kelihatan sewaktu kejadian.

MDKL turut dikenal pasti sebagai 'sarang' terkumpulnya para penyokong parti PAS yang diketuai oleh seorang lagi exco kerajaan negeri Selangor iaitu YB Dr Yunus Hairi selaku pengerusi PAS cabang Kuala Langat. (sumber)

JB yakin nanti mesti orang akan kata yang ini semua konspirasi rekaan UMNO-BN yang telah lama merancang untuk merobohkan tokong tersebut. Inilah jadinya kalau DAP yang mahukan kerajaan Kristian menjadi agama rasmi sehingga bukan sahaja mengenepikan agama Islam, malah agama Buddha, dan Hindu juga turut terkesan.

Kezaliman terhadap agama telah diterapkan didalam pentadbiran kerajaan Selangor. Bukti yang jelas dan nyata telah banyak dibongkarkan. Jika sebelum ini, kuil di Batu Caves diganggu dengan pembinaan kondominium, kini di Kuala Langat pula tokong kecil Buddha turut dimusnahkan kerana dikatakan mengganggu pengguna jalanraya. Ape ke halnye?

No comments:

Post a Comment

comment please.....