Konco-konco ku

Wednesday, November 21, 2012

PELAKON AZHAR SULAIMAN BERI PENJELASAN KENYATAAN MURTAD


Shah Alam -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.


Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.-SH

2 comments:

  1. Apa yang dilakukan sdr AZHAR tu adalah betul. Sudah sampai masanya orang2 Melayu bangkit membetulkan hal agama Islam yang semakin diperlekehkan oleh sesetengah orang i.e bangsa asing dan terutama PAS.Sampai bila kita akan melayan sikap kurang amar mereka nie.Sudah lah kerajaan semakin berlembut sedangkan peruntukan undang2 jelas mempertahankan Agama Islam itu adalah hak.Sampai bila nak, tunggu kiamat ke bak, kata Jebat berkokok.

    ReplyDelete
  2. kerana nak memikat hati melayu supaya menyokong dia,pas sanggup menuduh umno murtad.pada aku pas cuba nak kelirukan orang melayu.dia cuma menyebut umno murtad bukan penyokong umno yang murtad.dia tahu umno cuma perkataan saja iaitu nama sebuah pertubuhan[parti]macam perkataan pas jugak.

    ReplyDelete

comment please.....