Konco-konco ku

Monday, November 19, 2012

PERWAKILAN PAS SEBULAT SUARA HADI AWANG LEBIH LANYAK JADI PM DARI ANWAR!!

WALAUPUN PAS mendoakan kehancuran UMNO yang didakwanya zalim, namun agenda sebenar yang cuba disorokkan adalah untuk mengangkat Hadi Awang untuk menjadi PM Malaysia seterusnya. Perkara ini disuarakan sendiri oleh beberapa orang perwakilan PAS yang hadir semasa Muktamar PAS baru-baru ini.

Kalau bagi aku, senang, Anwar Ibrahim atau Hadi Awang jangan nak bermimpi jadi PM sebelum dapat memerintah Malaysia. Sebab sekarang PM masih Najib Razak yang punya. Atas mandat dari PM ini juga parti-parti pakatan boleh digugurkan pendaftaran mereka tapi PM tak nak. Tak elok katanya.

Sedang PAS dan PKR mencaturkan siapa yang hendak menjadi PM seterusnya, DAP dilihat semakin senyap kerana strategi mereka untuk melagakan orang Melayu hampir sempurna berjaya. Lihatlah dengan doa yang diimamkan oleh adik Nik Aziz yang memohon kepada Allah untuk kehancuran UMNO, bermakna yang UMNO kini semakin kuat dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menambat hati rakyat.

Biarkan mereka berdoa. Biarkan mereka menghina. Yang penting kita bekerja untuk rakyat. 

2 comments:

  1. ...deme kena ukur baju ikut badan sendiri dulu...
    apa kelass ko nak gi Putrajaya..?
    ...sedangkan empat negeri pun beterabur, bercempera & huruhara...!!!

    ReplyDelete
  2. Baru satu penggal jadi MB dah kena tendang macamana nak jadi PM kita cadangkan supaya beliau bersara aja dari politik.

    ReplyDelete

comment please.....