Konco-konco ku

Friday, November 2, 2012

PANAS!! AMK SABAK BERNAM AKAN BUAT DEMO BANTAH AZIZ BARI CALON PKR!!

SEMALAM di dada akhbar Sinar Harian, sebilangan Angkatan Muda Keadilan Cabang Sabak Bernam menyatakan pendirian mereka untuk membantah pencalonan Dr. Aziz Bari bari mencalon calon bagi Parlimen Sabak Bernam.

Ketua AMK Sabak Bernam berkata, pada Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Sabak Bernam yang berlangsung bulan September yang lepas mereka semua telah sebulat suara untuk tidak menyokong calon pilihan Anwar Ibrahim ini bagi mewakili pakatan untuk Parlimen Sabak Bernam.

Malah Ketua Cabangnya, Dr. Badrul Amin juga menafikan untuk menyokong Aziz Bari kerana beberapa faktor yang menampakkan kekalahan teruk bagi PKR jika calon yang diletakkan tidak memenuhi kriteria pemimpin yang mereka inginkan.

Atas beberapa faktor seperti jarang balik ke kampung sebelum ini nama Aziz Bari ditolak mentah-mentah. Hanya beberapa bulan ini sahaja selepas berhenti dari UIA barulah nampak muka dan mula berkempen di sekitar Sabak Bernam.

Malah, tiada seorang pun ahli PKR Sabak Bernam yang turut bersama Aziz Bari untuk berkempen. Aziz Bari berkempen kini ditemani oleh sebilangan ahli PAS yang bersimpati dengan beliau. 

Bagaimana nak menang jadi YB kalau ahli parti sendiri tidak menyokong? Berhentilah bermimpi disiang hari...

Anwar hanya tabur janji kepada Aziz Bari supaya jadi calon walhal Badrol Amin masih menaruh harapan untuk terus bertanding Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR. Aku boleh nampak pasti akan kekecohan besar akan berlaku dalam PKR Sabak Bernam tak lama lagi bila kedua-dua bakal calon ini berentap.

Badrol Amin pilihan ahli parti, Aziz Bari pilihan Anwar Ibrahim...

2 comments:

  1. he..he..he..mak aku terkejut bila aziz bari ni tak semena mena dtg rumah....yg peliknya dia diiringi oleh org PAS....mak aku cakap kat aziz bari...." mak cik undi BN/UMNO ni sejak dari zaman cap kapal layar lagi nak...x payah la korang nak kempen makcik"....terus aziz bari cabut balik!!!ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  2. hahaha..orang Tebok Pulai (kampung Aziz Bari) sendiri pun tak suka...sombong corky..

    ReplyDelete

comment please.....