Konco-konco ku

Tuesday, November 20, 2012

BUDIMAN MENGAMUK!! ISU RUMAH SELANGOR TAK PERNAH SELESAI!!


PETANG tadi di Bangunan UMNO Selangor telah diadakan satu sidang media khas untuk mencabar Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan PKR supaya menunjukkan lokasi pembinaan rumah mampu milik yang dikatakan telah dibina oleh mereka sejak tahun 2009 lagi.

Sidang media yang turut diketuai oleh Pengerusi SERANG Selangor, Saudara Budiman Zohdi turut dihadiri oleh pemimpin muda Selangor dari Pemuda UMNO Selangor, Pemuda MCA Selangor, Pemuda MIC Selangor, Majlis Belia Negeri Selangor, dan juga Pengerusi GAPS, Saudara Hamidzon Khairuddin.

Antara isu yang ditimbulkan adalah kenaikan harga rumah yang menyebabkan anak muda di Selangor berada dalam dilema dalam mendapatkan rumah sendiri. Isu ini juga melibatkan semua demografi anak muda di Selangor tanpa mengira kaum dan agama.

Masalah perumahan ini juga sebenarnya perlu diberikan keutamaan dan kumpulan SERANG ini berpendapat bahawa ianya menjadi tanggunjawab kerajaan negeri untuk menyediakan perumahan mampu milik atau pun kos renda dan kos sederhana kepada anak muda yang memerlukan.

Tambah menyedihkan, kerajaan negeri bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab ini malah tergamak berjanji bulan dan bintang demi meraih kepentingan politik sendiri.

Isu perumahan mampu milik ini bukan kali pertama dibangkitkan. Ianya pernah dibangkitkan sebelum ini. Malah Koordinator BN, Dato' Sri Ir Mohd Zin sendiri pernah menyuarakan pendapat beliau berhubung isu ini.

Lantaran tekanan yang dihadapi, kerajaan negeri melalui Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan iklan di salah satu akhbar menyatakan jumlah rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri sejak 2008.

Melihat kepada angka-angka yang dikeluarkan (rujuk SINI), Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya cuba mengaburi mata rakyat Selangor dan memberikan indikasi bahawa mereka kononnya selama ini berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik kepada anak muda di Selangor.

Dimanakah lokasi sebenar rumah mampu milik tersebut? Berapakah jumlah unit rumah yang telah dibina sejak mereka memerintah? Apakah prosedur untuk mendapat rumah tersebut? Perkara ini semua wajib dijawab oleh kerajaan negeri supaya anak muda juga tidak terkecuali dari mendapatkan keistimewaan.

Budiman juga turut menambah, mengalu-alukan anak muda seluruh Selangor yang berhasrat untuk memiliki rumah kos rendah agar menelefon talian Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) 1300-22-2626, BN Selangor bagi memberikan butiran peribadi agar kita sama-sama dapat membantu menyelesaikan kemelut perumahan di kalangan anak muda di Selangor.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...