Konco-konco ku

Thursday, November 15, 2012

HADI AWANG BELASAH NURUL IZZAH DENGAN SOPAN!!

AKHIRNYA seorang lagi pemimpin PAS mula bersuara berkenaan isu 'Kebebasan Beragama' yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah. Hadi Awang semasa berucap merasmikan Muktamar PAS rabu lalu di Kelantan menyatakan pendirian supaya Nurul Izzah lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan yang bukan dalam bidangnya.

KOTA BARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pemimpin Islam perlu berhati-hati dalam menyampaikan mesej berkaitan keagamaan supaya tidak disalah tafsir. 
Menurut beliau, pengetahuan dan pemahaman agama yang tinggi merupakan asas sebelum seseorang itu menyebarkan mesej atau tafsiran berkaitan Islam. 
"Kita mesti berilmu khususnya ilmu nak menyampaikan mesej Islam kepada orang Melayu Islam sendiri. 
"Muslimat perlu berilmu dan faham, jangan berilmu sahaja tapi tak faham. Kalau tak ada ilmu, tapi buat faham sendiri pun tak boleh," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di sini, Rabu malam. 
Selain itu Abdul Hadi turut menyentuh secara ringkas mengenai konsep kebebasan beragama tanpa paksaan yang diperkenalkan Islam. 
"Kita perlu perkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam...ajak mereka kepada Islam tanpa paksaan. 
"Tapi kalau mereka (bukan Islam) tak mahu masuk Islam, perkenalkan kepada mereka konsep Islam adil untuk semua," katanya.
Bermakna konsep kebebasan beragama yang dinyatakan oleh Nurul Izzah tempoh hari adalah jauh sangat dengan apa yang disarankan oleh al-Quran.  

Aku lihat kat sini rupanya ada sedikit perpecahan antara dalam pakatan sendiri. Kalau benar mereka bersatu kenapa sebelum mengeluarka kenyataan BODOH Nurul Izzah tu, tidak pergi bertanya terlebih dahulu kepada golongan ulama' yang bersepah dalam PAS??

Aku boleh terima kenyataan Hadi Awang walaupun tidak tuju tepat ke muka Izzah namun memang ucapan beliau lebih menjurus kearah Izzah mengikut isu semasa. Hadi Awang bijak sedikit dari Ketua Dewan Ulama' PAS yang mengatakan kenyataan Izzah adalah terpencil dan Izzah masih budak-budak yang tak tau menahu berkenaan apa itu 'Kebebasan Beragama'.

Terima kasih Hadi Awang. Sekarang masih menunggu kenyataan Nik Aziz pulak.

2 comments:

  1. Memang itu sifatnya org tua itu....tawadhuk, cuma kadang2 ramai yg x faham

    ReplyDelete
  2. Sudahlah Hj. Hadi ... sebelum PRU 13 dulu tak berani nak bantai. Dah habis pilihanraya, dah menang baru nak menegor. Nama je jantan tapi telor tak ada.

    Bantai Nuru Izzah buat apa, bantailah puak2 DAP kalau berani? Hipokrit.

    ReplyDelete

comment please.....