Konco-konco ku

Monday, December 24, 2012

ZIZAN RAJA LAWAK KETUAI DEMO BANTAH MAZIDUL DAN TV3


Semalam lebih kurang 200 penunggang motosikal berkuasa tinggi Superbikers berkumpul di hadapan Sri Pentas TV3 untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Mereka ni semua tak nak mengaku menjadi "syaitan jalanan" dan taknak digelar sedemikian kerana mereka ni semuanya biasa menunggang SuperBike mereka ke Masjid-masjid dan Surau-surau saja. 

Oleh kerana itu lah dengan perasaan bongkak mereka menunjuk perasaan depan TV3 untuk menyerahkan memo kepada Mazidul dan TV3 agar memohon maaf kepada mereka kerana telah mengelar para superBikers sedemikian.

Para SuperBikers ni agaknya selalu bawa motor berkuasa tinggi mereka dengan kelajuan 60km sejam saja malah para SuperBikers ni selalunya membiarkan saja motor cup seperti HONDA EX-5, KRISS, YAMAHA sport 100cc memotong mereka dan sebab itulah mereka tidak mahu digelar sedemikian.

Baca di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....