Konco-konco ku

Friday, December 14, 2012

TERKINI!! KHALID LARI KE BUKIT MELAWATI, LAWAN MUTHIAH!!

BERITA PANAS!! Khalid telah ditolak oleh penduduk Ijok, Kuala Selangor! Dan kemungkinan besar dia akan bertanding di kerusi DUN Bukit Melawati, Kuala Selangor dan meminta supaya YB Muthiah berundur dan memberi laluan kepada beliau.

Panas gila cerita ni. Dan ada lagi cerita panas yang bakal keluar tak lama lagi pasal pergolakan dan perebutan kerusi di kawasan Kuala Selangor yang disenyapkan oleh pakatan. 

Mengikut dari hasil maklumat dalaman, Khalid terpaksa meminggirkan Muthiah (ADUN Bukit Melawati) kerana rakyat di Ijok telah muak dengan janji manis dia. Selama menjadi MB Selangor, dia tak pernah bertanya khabar dengan penduduk Ijok dan segala janji yang pernah ditabur tak pernah tertunai.

Maka, untuk dijadikan kambing hitam supaya dapat terus berkuasa, YB Muthiah yang dilihat terlalu pasif dalam berpolitik terpaksa didesak supaya memberikan kerusi tersebut kepada Khalid. Muthiah tak banyak bunyi kerana dia pun dah muak jadi YB sebab peruntukan yang dijanjikan Khalid tak pernah sampai kepada dia untuk membangunkan Kuala Selangor.

Perkara ini disahkan sendiri oleh sumber dalam PKR yang amat dipercayai. Manakan tidak lari, kaum Melayu dan India di Ijok sedang memburu Khalid untuk mengotakan janji yang pernah dibuat. Sampai sekarang pejabat ADUN Ijok di Simpang Tiga Ijok ditutup tak pernah dibuka.

Apa sudah jadi??

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...