Konco-konco ku

Wednesday, December 19, 2012

KERAJAAN DAP PENANG HANCURKAN KUBUR ISLAM UNTUK BANGUNKAN RUMAH URUT!!


Selepas menolak Melayu di dalam Parti DAP, sekali lagi mereka menolak Melayu . Malangnya , orang Melayu yang ditolak DAP adalah orang-orang Melayu yang sudah meninggal dunia di tanah kubur Orang-orang Islam di Pulau Pinang. 

Ini Simbolik apa lagi wahai DAP?! 

Pendedahan Pisau.Net Regim DAP Pulau Pinang yang kita semua tahu chauvanis ultrakiasu dan rasis hari ini sekali lagi bertindak menindas umat Islam .

Terkini kerajaan regim ini telah meluluskan agar 10-15 kubur umat Islam di Tanah Perkuburan Boundry dihancurkan demi menurut kehendak pemaju perumahan Syarikat Marvellous Land Sdn Bhd membina tembok.

Walaupun pelbagai bantahan dan rayuan pihak waris, pihak majlis berperbandaran tidak mempedulikan sebaliknya mendapat kebenaran dan kelulusan daripada MPPP yang Ahli Majlisnya dikuasai oleh DAP.

Satu bantahan sekali lagi dibuat dikawasan perkuburan itu,tidak ada seorang pun wakil daripada PAS atau PKR hadir untuk membela nasib waris tanah kubur ini.

Mereka semua khabarnya menyorok dibelakang abang besar YB gengster tong gas Ng Wei Aik dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow.

Apa lagi yang Guan Eng tak puas hati kat Penang? Dah puas halau Melayu, mayat dan kubur Melayu pun nak dihalaunya. Supaya tiada bukti yang Melayu pernah tinggal di Pulau Pinang ni...

posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. Macam tak percaya jer PAS bolih diamkan diri didlam hal ini.

    ReplyDelete
  2. Mcm2 bole jd atas sebab politik

    ReplyDelete
  3. Biar la dia tolak sbb kat penang island mana ada melayu lagi yg banyak mamak eeee

    ReplyDelete
  4. Itu sebab pakatan haram nak buat pilihanraya kerajaan tempatan. Semua tahu siapa yg Akan tdrpilih sebab semua tahu siapa majority yg tinggal dibandar. Yg peliknya pas bodoh pun sokong buta mata hati Dan mata tak nampak muslihat jahat rakan kongsi haram mereka dlm pakatan. Besok melayu boleh ditendang keluar dari bandar sebab tak da wakil dlm majlis. Sapa lagi nak jaga kepentingan melayu di bandar? Dap? Mati hidup balik pun dia org tak kan peduli

    ReplyDelete
  5. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.

    Kepada Anon 6:45pm,
    mungkin kita terlupa yang Melayu di Malaysia ini adalah Islam dan kubur yang terlibat itu adalah kubur orang Melayu/Islam. Apakah anda pasti kubur yang terlibat itu kubur mamak/Islam atau sememangnya kubur orang Melayu/Islam yang pernah menjadi penduduk terawal di sana? Kecualilah anda sendiri bukan seorang Islam maka anda akan membezakan antara Melayu/Islam dan Mamak/Islam. Wallahualam..

    Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  6. Di Melaka tahun lapan puluhan dulu berlaku bantahan oleh DAP kerana isu Bukit Cina. Dikawasan Bukit Cina ada perkuburan lama. Mereka tidak benarkan kawasan itu dibangunkan oleh kerajaan negeri. Kain rentang dipasang di bandar Melaka "Save Bukit Cina". Begitu hebat mereka pertahankan kawasan kubur nenek moyang mereka. Kenapa pemimpin Islam PKR dan PAS membiarkan sahaja DAP membuli orang Melayu?. Anwar Ibrahim hanya jadi boneka DAP jika berjaya jadi PM. Anwar hanya tahu menyalahkan UMNO tetapi menutup sebelah mata sikap rasis DAP.

    ReplyDelete

comment please.....