Konco-konco ku

Saturday, December 29, 2012

BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT DEMO PAKATAN!!

SAYU hati aku ni tengok anak kecil yang tak mengerti apa-apa dilibatkan sekali dalam demo bodoh anjuran pakatan ni. Mak bapak mana yang tak sayang anak aku pun tak tau la. Anak-anak lain selesa hidup dan bermain di rumah mereka, selesa tidur di katil empuk mereka tetapi tidak kepada mak bapak berhati pakatan yang sanggup membiarkan anak kecilnya berembun sejuk di dataran.

Masih ada akalkah ibubapa sebegini? Tidak kasihankah kepada anak kecil ini yang tidak tahu apa-apa berkenaan politik bodoh mereka? 

Hairan melihat perilaku sebilangan ibubapa yang mempergunakan anak mereka untuk kepentingan politik peribadi mereka yang kian tercemar. Sampai bila mereka-mereka ini hendak sedar dari terus ditipu?

Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Negara dah aman dan harmoni. Boleh hidup selesa lagi. Janganlah jadikan anak mangsa politik kotor yang haprak ni. Mana sifat kemanusiaan kalian?

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...