Konco-konco ku

Saturday, December 15, 2012

PKR SABAK BERNAM BERGOLAK!! AZIZ BARI DITENTANG BADURL AMIN!!

ISU calon kerusi Parlimen Sabak Bernam kini semakin menarik untuk dibahaskan di kedai-kedai kopi di kampung JB ini. Dan yang lebih menarik kerusi ini bukan menjadi rebutan diantara calon dari pakatan dan BN. Tetapi telah menjadi rebutan antara mereka sendiri iaitu antara Aziz Bari dan Badrul Amin.

Aziz Bari yang dicalonkan oleh Anwar sendiri telah giat berkempen di Sabak Bernam manakala Badrul Amin yang juga Ketua Cabang PKR Sabak Bernam merasa tidak selesa dengan kelibat calon lantikan Anwar ini tanpa mengambil kira hati dan tahap sokongan ahli PKR sendiri.

Ternyata Badrul Amin masih memasang niat untuk bertanding di kerusi yang beliau sendiri kalah pada 2008. Dan yang lebih menyedihkan, ahli PKR Sabak Bernam tidak akan menyokong Aziz Bari dan tidak akan keluar mengundi. Dengar cerita dari kawan dalam PKR sendiri, lebih 100 orang ahli PKR akan keluar parti beramai-ramai dan kembali kepada UMNO sebelum tarikh PRU diumumkan.

Semakin teruk rupanya pergolakan dalam parti PKR di sana. Aku juga nampak yang perpecahan akan terus berlaku kerana ahli PAS sendiri tidak akan menyokong calon PKR ini. Ini hasil sembang kedai kopi dari pakcik-pakcik lebai PAS.

Apa sudah jadi dengan pakatan? Belum lagi tarikh PRU diumumkan dah berebut kerusi!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...