Konco-konco ku

Wednesday, December 5, 2012

GOMBAK BERDARAH LAGI!! PEMUDA UMNO DAKWA DIBALING DENGAN KELAPA??


Mohd Faizaruddin bin Mustafha, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cawangan Batu 8, Gombak membuat sidang media hari ini berkaitan insiden serangan penyokong Pakatan Rakyat malam tadi.

Faizaruddin menerima sembilan jahitan setelah dibaling dengan batu oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menghadiri ceramah Anwar Ibrahim di Masjid Zakaria dalam kawasan yang sama. 

Menurut Faizaruddin, serangan dicetuskan oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menyerang kumpulan Pemuda UMNO yang berdiri di hadapan Bilik Gerakan UMNO dan menjerit ke arah Anwar Ibrahim; "tipu". Pada masa yang sama, di Bilik Gerakan itu sedang berlangsung program anjuran Pemuda UMNO.

Kelompok Pemuda UMNO yang tidak bersenjata diserang kumpulan penyokong Pakatan Rakyat yang membawa senjata termasuk senjata tajam yang diperolehi di gerai jualan dalam ceramah itu.

Sehingga sidang media petang tadi, pihak Pakatan Rakyat belum membuat sebarang laporan polis, sebaliknya pihak UMNO telah membuat laporan polis pada jam 3.00 pagi tadi. -tq wak canang

2 comments:

  1. Jom kempen kurangkan lagi anggota PDRM. Isu-isu keganasan seperti macam ini PDRM tak perlu campurtangan. nanti PDRM juga yang akan pecah kereta, pecah kepala. Doa ramai-ramai supaya lebih ramai lagi yang menimpa malapetaka. Kan lebih mudah dan kurang kos? Walau siapa sekali pun yang memulakan, perpecahan dalam orang Melayu dan Umat Islam semakin jelas dan ketara.

    GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara Di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  2. ~Sejarah Umo menolak Rang Undang undang halang murtad:
    1. Sebelum itu, pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad telah ditolak juga tanpa dibahas.
    2. 2 November 1999, Tuan Guru tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
    3. Rang Undang-Undang Murtad pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006 tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh UMNO tanpa dibahaskan.
    4. Usul meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen tetapi juga telah ditolak mentah-mentah tanpa dibahaskan oleh UMNO.
    5. Umno berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...