Konco-konco ku

Wednesday, December 12, 2012

PUAS DIHERDIK DAP, BARU PAS KELANTAN TANGGUH LARANGAN WANITA POTONG RAMBUT LELAKI!!

BERITA yang kurang menggegarkan negara 2-3 hari lepas berkenaan isu sekatan ke atas salon yang mana wanita menggunting rambut lelaki yang bukan muhrim hanya berlanjutan tak sampai 48jam. Umpama melepaskan batuk ditangga, begitulah perumpamaan ketegasaan PAS Kelantan yang hanya berdecit apabila disergah.

Ramai rasanya yang boleh mengagak apa yang bakal terjadi terhadap tindakan PAS Kelantan atas larangan terbaru itu. Malah yang menjadi mangsa dalam kes ini adalah peniaga berbangsa Cina yang begitu dijaga dan disayang oleh tuan mereka DAP.

Bukan rakyat tak tau yang PAS terpaksa mengikut kata DAP untuk survival politik masing-masing demi menawan Putrajaya. Apa jua tindakan yang PAS buat pasti mendapat perhatian DAP jika tidak berkenan dihati mereka.

Sebab itu jugalah hudud tidak pernah dilaksanakan di Kelantan. Nak jaga hati tuan DAP. Tapi sibuk tabur janji kat rakyat nak laksana hudud kalau berjaya perintah Malaysia. Buat dulu la kat Kelantan tengok!

2 comments:

  1. Bila kopiah jadi hiasan
    Jubah pula dianggap fesyen
    Patutlah pas x berani nak lawan
    Bila disergah oleh KERPALESingh

    Nampak janggut macam toliban
    Garang dan bengis bukan saingan
    Rupanya tempt bergayut syaitan
    Patut le Fatwa diputarbelit kan

    ReplyDelete
  2. Tu baru bab potong rambut, kena sergah sikit dah terkentut. Belum lagi bab potong tangan. Yang menyergah tu pula bukan orang Islam. Member kapiaq dia juga. Lawok..lawok.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...