Konco-konco ku

Sunday, December 2, 2012

TERIMA KASIH @NAJIBRAZAK & @ZAHID_HAMIDI ATAS SOKONGAN KALIAN!!

BUKAN nak terasa hati atau nak mengagungkan diri bagai orang terpenting dalam perjuangan namun rakan-rakan selalu mengeluh tentang penghargaan pemimpin UMNO terhadap pejuang maya. Malah ada juga beberapa pemimpin peringkat bahagian yang terus-terusan mempertikaikan keberkesanan media siber untuk perang persepsi menjelang PRU-13 tak lama sahaja lagi.

Tidak minta dihargai, cuma jangan diperkecilkan sumbangan tidak seberapa sebilangan kecil bloggers dan pejuang maya yang bersengkang mata memastikan segala isu dan persepsi rakyat terhadap kerja Barisan Nasional dapat diterangkan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada dua pemimpin hebat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak pernah memandang rendah kerja kami pejuang maya.

InsyaAllah dengan keyakinan yang diberikan, para pejuang maya Pro-BN ini akan terus membantu kerajaan Barisan Nasional sedia ada demi mempertahankan ibu pertiwi tercinta.

1 Malaysia Tolak Fitnah

1 comment:

  1. Ramai pemimpin di peringkat bahagian masih ditakuk lama, sombong tak bertempat, perasan diri mereka itu sebagai ketua bahagian sudah cukup hebat, dan mereka sering memeperlekeh kehebatan media baru dan tidak menghargai keupayaan dan keberkesanan media baru !! Terima kasih kepada kepimpinan tertinggi DS Najib dan DS Zahid Hamidi yang menghargai perjuangan kami sebagai pejuang maya demia kemenangan Barisan Nasional !!

    ReplyDelete

comment please.....