Konco-konco ku

Monday, December 24, 2012

NG SUEE LIM JUAL TANAH TOKONG!! HANYA HEBAT DI PENTAS CERAMAH!!

NG SUEE LIM atau Celeng Sekinchan yang cukup popular di Sekinchan kerana billboard gambar mukanya yang bersepah di kawasan kerusi nya di Sekinchan. YB dari DAP ini begitu disukai oleh rakyat di kawasan ini bukan kerana sumbangan nya terhadap penduduk setempat, tetapi kerana fasih dalam berbahasa jawa.

JB pun kurang pasti asal usul Celeng Sekinchan ini namun yang pasti dia ni bukan orang tempatan. Tiada pembangunan apa pun yang ada di sekinchan selain dari rumah urut yang bersepah bak cendawan dan rumah burung yang semakin banyak.

RASIS!! Itulah satu sikap yang ada pada semua pemimpin DAP tidak kira berada di bandar atau kampung. Sikap rasis terhadap bangsa lain begitu ketara dengan penganjuran program yang hanya lebih tertumpu pada bangsa Cina sahaja. 

Selepas pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi SERANG, Budiman Zohdi berkenaan penjualan pangsapuri Damai Sekinchan yang mendapat liputan meluas suatu masa dulu, kini penduduk Sekinchan digemparkan pula dengan PENJUALAN TANAH TOKONG yang didalangi oleh YB Sekinchan ini.

Dikatakan tanah tokong yang sepatutnya dibina rumah ibadat Buddha itu pada zaman pemerintahan BN telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Dr. Khir Toyo selaku Menteri Besar dan penduduk Cina di sekitar Sekinchan juga telah bersetuju dengan cadangan pembinaan tersebut.

Tetapi setelah pakatan memerintah negeri pada 2008, segala geran dan perancangan yang dibuat terpaksa ditangguhkan kerana dikatakan tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Tanah yang berada di Taman Aman Sekinchan itu juga dikatakan telah digantikan nama pemilik dengan nama salah seorang kroni Celeng Sekinchan.

Walau pelbagai program yang dijalankan oleh DAP Sekinchan namun penduduk setempat masih marah dengan tindakan Ng Suee Lim yang langsung tidak ada apa-apa penyelesaian yang dilakukan oleh beliau. Umpama mencurahkan air ke daun keladi, begitulah perumpamaan yang wajar disamakan kerana telah beribu aduan dan permohonan untuk meneruskan projek tersebut namun sehingga kini masih tidak ada jawapan dari ADUN Sekinchan mahupun Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi apakah sumbangan sebenar Celeng Sekinchan ini terhadap rakyat sekitar? Haprak! Ini baru cerita pasal masalah tokong Cina... Akan datang JB akan dedah pula cerita Sekolah Rendah Agama Sri Harmoni yang dibatalkan pembinaannya pada tahun 2008.

No comments:

Post a Comment

comment please.....